Thursday, February 10, 2011

BiCaRa SeoRaNG GaDis

Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya  bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah.  Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia  gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka;  dulu, kini dan selamanya.

Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah  yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya.  Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan  dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik  dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.

Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan  diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat  menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia  tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul  Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah  wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah,  kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh  mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan  kehidupan dunia bukanlah yang diingini.

Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.

[I]"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada  neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana  mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku  menyembah-Mu  semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan  memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."[/I]

Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat,  muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang  pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna.  Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul  Muslim. Itu lah agendanya.

Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau  begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa  yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.

Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda  Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang  pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada  keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah  yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi  tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.

Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.

[I]"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian  seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya),  maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan  terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At  Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh  Al Albani)"[/I]

Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah  Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim.  Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang  benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus  berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran  daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis  mahukan.

Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si  Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan.  Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.

Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk  berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket  untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.

Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.

Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.

2 comments:

  1. so sweet !!

    nice entri ..
    sedih baca ..

    ReplyDelete
  2. salam. best sgt en3 ni.. hebat sungguh keturunan nabi2 allah a.s.. mungkin umat nabi sendiri tdak mmpu mengikuti jjk lgkah kturunanny.. tp sy pn nk cuba.. hehee.. siapakah si gadis itu? tentu kamu kan?.. hehe.. insyaAllah, akn tbina sbuah baitul muslim yg benar2 kukuh dats nama islam yg sebenar... jk kt mncari kebaikn, mk allah akn pmudahkn jln ke sana.. ameen :)

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..