Showing posts with label Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

DOA SELEPAS TASYAHUD AKHIR

dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda :



maksud: Apabila salah seorang kalian telah membaca tasyahud hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari empat hal, yakni dengan mengucapkan, "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan sesudah mati, dan dari keburukan fitnah al-Masih Dajjal." [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no.832 dan 6375; dan Muslim, no.588]

Friday, April 10, 2015

FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. MUNCUL FITNAH YANG BERGELOMBANG
 
Fitnah ini telah dikabarkan oleh Rasulullah SAW, Hudzaifah r.a bercerita:
Kami berada disisi Umar, lalu ia berkata: "Siapakah di antara kalian y mendengar Rasulullah saw menyebutkan fitnah? "
Mereka menjawab: "Kami mendengarnya."
Ia(Umar) berkata: "mungkin y kalian maksud adalah fitnah seseorang pada keluarga dan tetangganya?"
Mereka menjawab: "Ya"
Ia(Umar) berkata: "Fitnah itu dapat ditebus dengan solat, puasa, dan sedekah. Akan tetapi, siapa di antara kamu yang mendengar Rasulullah saw menyebutkan fitnah yang bergelombang seperti gelombang lautan?"

Hudzaifah berkata: "Orang-orang terdiam." Maka aku berkata: "Aku mendengarnya."

Ia(Umar) berkata: "Engkau, bagus sekali."

Hudzaifah berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Fitnah akan ditampakkan kepada hati seperti tikar seutas demi seutas, hati mana saja yang menerimanya akan diberikan titik hitam dan hati mana saja mengingkarinya akan diberi titik putih, sehingga menjadi dua hati: Hati yang putih bagaikan batu shofa yang tidak terpengaruh oleh fitnah selama langit dan bumi masih ada, dan hati yag hitam seperti cangkir yang terbalik; tidak mengenal yang ma'ruf dan tidak mengingkari yang mungkar kecuali yang sesuai dengan hawa nafsunya. " (HR. Muslim 1/128, no. 44)


    a. sebab-sebab munculnya fitnah yang bergelombang
        - muslihat musuh islam terhadap kaum muslim
        - sikap remeh untuk ittiba' kepada Al-Quran dan sunnah dalam perselisihan
        - munculnya maksiat dan ditinggalkannya amar ma'ruf nahi mungkar


2. TERSEBARNYA KEBODOHAN DALAM AGAMA

3. BANYAK PENCERAMAH DAN ULAMA' BERKURANG

4. TAHUN-TAHUN YANG MENIPU DAN MUNCULNYA RUWAIBIDHAH

5. ORANG SOLEH DIHINA DAN ORANG JAHAT DIMULIAKAN, PINTU AMAL DITUTUP DAN SELAIN KITABULLAH DIJADIKAN PANDUAN

6. BAGAIKAN BARA API

7. KEADAAN YANG BERUBAH

Berubah keadaan, seperti orang-orang bodoh memangku jabatan yang tak layak baginya, Rasulullah saw ketika ditanya oleh malaikat jibril tentang tanda-tanda hari kiamat, beliau bersabda:

    "Dan engkau lihat orang yang telanjang kaki, telanjang badan, dan pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan." (Muslim, no.1)

  - Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata: "Maksudnya adalah orang-orang yang rendah menjadi pemimpin dan harta mereka melimpah ruah hingga mereka meninggikan bangunan dan mempercantikkannya."

8. BID'AH DIANGGAP SUNNAH, ILMU DUNIA MENJADI KEBANGGAAN, DAN MENCARI DUNIA DENGAN AMALAN AKHIRAT

Abdullah bin Mas'ud berkat:
    Bagaimana keadaan kamu apabila fitnah menerpamu, orang tua menjadi renta di dalamnya dan anak kecil tumbuh dewasa di dalam fitnah tersebut. Apabila sebahagian fitnah itu ditinggalkan akan dikatakan: " Telah ditinggalkan sunnah." Mereka berkata : "Bila itu terjadi?" Beliau menjawab: "Apabila ulama' kalian telah pergi, orang-orang bodoh menjadi banyak, qari-qari juga menjadi banyak, sedikit orang-orang yang faqih, banyak pemimpin, sedikit yang amanah, dunia dicari melalui amalan akhirat, dan belajar fiqh dari selain ilmu agama." (HR. Ad-Darimi dan lainnya, Sunan Ad-Darimi 1/75 no.186, dishahihkan oleh syaikh Albani dalam Shahih Thargib, no.111 )

9. ISLAM MENJADI TERASING

Rasulullah saw bersabda:
     Sesungguhnya islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing, maka pohon thuba (di syurga) untuk orang yang terasing. Dikatakan: "siapakah mereka wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Yaitu) orang-orang yang berbuat ishlah(kebaikan) ketika manusia telah rosak". (HR. Abu Amru Ad-Daani, Silsilah Shahihah, no. 1273)

SUMBER :
     

Sunday, June 10, 2012

Solat Sunat Rawatib

Assalamualaikum.w.b.t..

harini saya nak kongsi pasal solat sunat rawatib.dari sekolah rendah lagi kita sudah didedahkan dengan amalan sunnah ni.tapi tak ramai yang amalkan.tahukah anda Rasulullah saw  xpernah tinggalkan solat sunat rawatib --> Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu :

✔ 2 rakaat sebelum Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Maghrib, 
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan 
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

seperti yang kita tahu amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT. 

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'. 

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan, 

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)

saya sendiri pn sedang berjinak2 dengan solat sunat rawatib ni.harap2 kita boleh terus pertingkatkan lagi amalan kita pada Tuhan yang satu iaitu Allah swt..

beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari..

wallahualam..

sharing is caring

Amalan minum Rasulullah saw..

Assalamualaikum.w.b.t...

harini saya nak kongsi pasal amalan minum Rasulullah s.a.w..dapat dari seorang kawan yang share artikel ni dari fb..suke sangat!sebab saya pn suke minum air manis dan sejuk! :)

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)

2.Mencuci perut

3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar

4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu

5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan

Ringkasan adab minum

1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan

2.Bacalah " Bismillah"

3.Minum dengan tiga nafas

4.Minum dalam keadaan duduk

5.Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.

6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah

7.Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri

8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain 9.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit

10.Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan kathiraa

sumber : halaqah.net

Friday, April 13, 2012

NaSiHaT UnTuk SeMuA


KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA...


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ). — 


Friday, April 6, 2012

Surah Kahf



Dari Abi Umamah Al Bahiliy, beliau berkata: "Rasullulah telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu baginda banyak menyentuh masalah DAJJAL. Baginda bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yg PALING HEBAT selain daripada FITNAH yg dibawa oleh DAJJAL. Setiap Nabi yg diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal. Aku adalah nabi yg terakhir sedangkan kamu adalah umat yg terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pd generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Sebenarnya Allah akan menjaga orang-orang mukmin".

"Di antara fitnah Dajjal itu dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yg diseksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta PERTOLONGAN KPD ALLAH dan HENDAKLAH DIA MEMBACA PANGKAL SURAH AL KAHFI, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yg membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk".

Hadith Nabi yg menyuruh dan menyeru kita supaya membaca Al Kahfi:

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa 'ala alihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jum'at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at."
(HR. Al-Hakim, II/368, dan a...l-Baihaqi, III/249)

Dalam riwayat lain dari jalan Abu Darda' radhiyallaahu 'anhu berkata,
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari fitnah Dajjal."
(HR. Muslim, VI/92, no. 809, dan Ahmad, VI/449)

Dan dalam lafazh lainnya dari jalan an-Nawwaas bin Sam'an al-Kilabi radhiyallaahu 'anhu berkata,
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa di antara kalian yang mengetahui fitnah Dajjal, maka bacalah beberapa ayat pada awal surat al-Kahfi, karena sesungguhnya itu akan melindungi kalian dari fitnahnya."
(HR. Muslim, no. 2937 (110), dan Abu Dawud, no. 4321)

p/s: BETULkan yang BIASA, dan BIASAkan yang BETUL. Ayuhh baca Al Kahfi :)

Monday, November 14, 2011

kuku

Assalamualaikum semua...

dah lama buat post ni sebenarnye. tapi baru nak publish.hmmm..rasanya kebanyakan dari kita dah tau pasal hal ni. so mutiara nak share kepada sesiapa yang belum mengetahui ataupun dah terlupa tentang hal ni.ada dua perkara mutiara nak share pasal salah satu anggota badan kita iaitu KUKU..sharing yang pertama adalah

MEMOTONG KUKU BERDASARKAN HARI

Jom kita tengok apa yang jadi bila kita potong kuku mengikut hari..

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi..tiap2 minggu pastikan anda kerat kuku pada hari isnin,khamis atau  jumaat tau!

kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

sharing yang keduan : 

CARA MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH NABI



paham2 sendiri la ye.. maleh nak nerang doh.. :P




Monday, April 11, 2011

HAri-HaRi YaNG DISunaTKaN MemoToNg KuKu..

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.
Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Sila rujuk
.
MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)
Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.
Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,
Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,
Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.
Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.
Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.
Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..