Friday, July 19, 2013

Kelebihan Solat Isyak Dan Subuh

Rasulullah SAW bersabda:
“Solat terberat bagi orang-orang munafik adalah solat isya’ dan subuh. Padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak .” (HR.Ahmad)

Solat subuh menjaga diri seorang muslim
“Barang siapa yang melaksanakan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah, maka jangan sampai Allah menarik kembali jaminan-Nya dari kalian dengan sebab apa pun. Karena siapapun yang Allah cabut jaminan-Nya darinya dengan sebab apa pun, pasti akan tercabut. Kemudian Allah akan telungkupkan wajahnya dalam neraka jahannam.” (HR.Muslim)

Solat subuh lebih baik daripada dunia seisinya
“Dua rakaat solat subuh, lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR.Muslim dan Ahmad)

Solat subuh adalah penyelamat dari neraka
Nabi SAW bersabda, “Tidak akan masuk neraka, orang yang melaksanakan solat sebelum matahari terbit dan sebelum tenggelamnya.” (HR.Muslim)

Disaksikan Malaikat
Allah swt berfirman, “Dirikanlah solat dari sesudah Matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (al-Isra’:78)

Belajar..

Belajarlah Bersyukur 
walau kita KEKURANGAN..

Belajarlah ikhlas
walau kita TAK RELA..

Belajarlah Taat
walau kita BERAT..

Belajarlah Memahami
walau kita TAK SEHATI..

Belajarlah Setia
walau kita BANYAK GODAAN..

Belajarlah Memberi
walau kita TAK SEBERAPA..

Belajarlah Mengasahi
walau kita DISAKITI..

Belajarlah Tenang
walau kita sedang GELISAH..

Belajarlah Percaya
walau kita SUSAH..

:- Percayalah bahawa Allah selalu bersama kita dan Insha Allah akan indah pada waktunya..amin..:)
Salam Jumaat, 10 Ramadhan

Monday, July 15, 2013

Taubat nasuha dari seorang pramugari


Kisah Benar : Taubat nasuha dari seorang pramugari | Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.  Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.


Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.

Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.

Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”

“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”

“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah terlambat.

BERZINA DENGAN IKHLAS

Berzina Dengan Ikhlas | Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur kerananya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

WALLAHUALAM



Saturday, July 6, 2013

Aib orG jgN diBuKa

“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. 

Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya
” H.R Hakim”

Sunday, July 29, 2012

Apa itu Pokok Yahudi?

Assalamualaikum.w.b.t..

      tak lama dulu saya ada terbaca kisah pokok yahudi ni di mana suatu saat nanti islam akan bangkit kembali. Ketika peperangan orang-orang yahudi semuanya ketakutan dan bersembunyi di balik pokok-pokok dan batu. Ketika itu mereka tidak lagi boleh bersembunyi kerana dengan izin Allah pokok-pokok dan batu-batu tersebut akan memberitahu kepada tentera2 islam tentang yahudi yang bersembunyi di sebaliknya. akan tetapi ada sejenis pokok yang tidak melakukan hal yang sama. Ia hanya berdiam diri ketika yahudi berlindung disebaliknya. pokok itu dipanggil pokok yahudi.

       Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi bermaksud :


 " Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kau muslimin memerangi kaum yahudi sehingga kaum yahudi itu bersembunyi disebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, " Hai orang islam, inilah orang yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!" kecuali pohon gharqad(semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon yahudi(oleh sebab itu ia melindunginya)".

      selama ni saya tertanya-tanya macam mana agaknya rupa pohon yahudi ni?Alhamdulillah pagi ni ada rakan facebook yang share kan gambar di bawah ni.

 

      macam tu rupanya pokok yahudi ni.Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

      kalau nak tgk video perasmian tu klik link ni  perasmian olympic london 2012.

      Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

 

      Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

 

       Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

      Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.

Kempen Kerajaan haram Israel "Projek Menghijaukan bumi" (kononnya la kan)
 sekian..

Sunday, July 22, 2012

AkU SeoRaNg AnaK PaLEsTiN


Aku seorang anak Palestin…
Aku telah dibiarkan kelaparan selama berhari²…
Dan sekarang telah berminggu²…
Aku dengar di tempat lain…
Anak² tertidur di tempat² tidur mereka…
Ibu mereka dgn hangat di sisi mereka…
Menyanyikan lagu utk mereka…
Ayah² mereka akan menciumnya…
Setiap kali mereka bangun di pagi hari drpd tempat tidur….
Mereka memiliki permainan & mainan utk bermain dgn kawan²…


Tapi Aku….
Aku bermain & menunggu kematian…
Ibuku selalu menangis…
Dia sentiasa memakai pakaian hitam…
Kerana dia menghadapi kegelapan setiap hari…
Musuh² matahari….
Anak² mereka ditindas….
Ketika mereka kali pertama menembaki rumah kami dgn bom…
Ayahku menjadi syahid…
Sama seperti ayah² Palestin lainnya…
Sekarang aku semuanya sendiri & keseorangan…
Tanpa pemilik seperti anak² Palestin yg lainnya..


Aku seorang gadis cilik yatim piatu Palestin…
Aku memiliki saudara²ku…
Azra & Aishah berumur 5 tahun...
Mohammad & Zeynab berumur 9 tahun….
Kami tidur bersama dlm satu tempat tidur…
Kerana kami tidak memiliki tempat tidur lainnya…

Aku seorang anak Palestin…
Tetapi aku..
Aku belum boleh tidur dari suara pesawat & bom..
Di waktu seperti ini kami saling berpelukan & menangis…
Di malam seperti ini kami mendengar letusan bom…
Kami ketakutan keluar & berteriak…
“Ibu, Ibu, Ibu…..!”
Ibuku tidak membalasku juga….
Krn ia berselimut kemerahan…
Tetapi merah yg tidak bersuara…
Ibuku yg selalu memakai pakaian hitam kini telah berlumuran darah…
Ibuku telah syahid…
Buaian bayi Aisyah pun telah berlumuran darah…
Mohammad & Zeynab pun telah syahid…



Aku seorang anak Palestin yatim piatu…
Aku tak bisa bangun…
Kerana aku telah kehilangan satu kakiku…
Aku menangis & menjerit..

Apa kejahatanku…??
Mereka mengatakan krn namamu adalah Sumayyah…
Inilah kejahatanmu…
Sama seperti orang² yg bernama Aisyah, Fatimah & Muhammad…
Hal ini kerana kalian adalah anak² yg syahid…
Seperti semua anak² Palestin lainnya…
Kerana aku adalah anak Palestin…
Tidak punyai saudara…


Mereka berkata kepadaku…
“Tidak ada seorangpun yg dapat mendengar kalian”
Aku bertanya pada mereka..
“Tidakkah ada seseorang di dunia yg seperti aku”
Mereka berkata..
“1.5 million di antara mereka bernama Aisyah & Ahmad..”
Aku tak percaya itu…
Di mana mereka…
Tunjukkan padaku, di manakah mereka??
Di manakah kaum muslimin??
Sudahkan mereka melepaskan kami drpd tangan kaum Yahudi??

Lalu aku mengangkat tanganku, memohon kpd Tuhanku!!
Ya ALLAH, aku menyakini-MU..
Dan aku melihat perlindungan-MU…
Aku bergantung kepada-MU & keyakinan-MU..
Engkaulah Pelindung kami dan Pemilik segala sesuatu…
Engkaulah Tuhan Semesta Alam & Engkau adalah Tuhanku…
Ya ALLAH, hancurkanlah mereka!!!!!!!!
Aku seorang anak Palestin..
Seorang anak yatim piatu…


YA ALLAH...
Aku memohon dgn sepenuh hatiku kepadaMU,
Tiada apa yg dapat aku lakukan,
Melainkan kiriman sebuah doa utk mereka,
Bantulah hambaMU YA ALLAH,
Kirimkan tenteraMU utk membantu rakyat Palestin,
Bantulah mereka sebagaimana KAU menghantar burung Ababil utk melindungi baitullah,
Kirimkanlah ketabahan & kesabaran pada hati² mereka,
Kirimkanlah kekuatan pada fizikal mereka,
KAU musnahkanlah Zionis terlaknat itu YA ALLAH,
Selamatkanlah mereka drpd kekejaman Zionis yg rakus itu,
Jadikanlah air mata mereka sebagai peluru yg membunuh Zionis,
Jadikanlah derita & kecewa mereka sebagai penyebab musnahnya Zionis,
Selamatkanlah Palestin..
Damai & amanlah Palestin..
Sabarlah saudara²ku..
PALESTIN..


* Aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya menyelamatkan bumi PALESTIN. 

ALLAHU AKHBAR 3x.

Friday, July 13, 2012

SyuKuri aPa YanG Ada

Assalamualaikum.wbt..

salam sejahtera buat anda semua.semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. sekarang dah macam-macam kita dengar kan. Umat islam ditindas di sana sini seperti rakyat palestin, syria, dan lain-lain. Sangat menyedihkan bila kita hanya mampu melihat kekejaman kafir laknatullah tanpa dapat membantu saudara-saudara kita di sana. Setiap saat hidup mereka dilanda ketakutan dan mungkin juga trauma. hanya doa yang mampu disedekahkan buat mereka. Tiap-tiap hari ada je berita kematian dan penyeksaan yang dilakukan oleh kafir laknatullah..setiap kali saya tengok gambar kekejaman dan kesusahan mereka hati ni rasa sakit sangat. hanya mampu melihat.tak mampu nk buat apa-apa. Bila tengok gambar di bawah ni tadi air mata ni rasa nak mengalir je..nasib baik ade rumate kat dalam bilik ni kalau tak lama dah mengalir. huuu..sobs sobs..


The next time you waste water, think about it.
Kita sepatutnya sangat bersyukur sebab tinggal di Malaysia yang aman damai ni. Allah bagi kita kesempatan untuk hidup aman supaya kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakanNYA..tengok gambar kat atas ni.kalau kita jangan harapla nak minum air lopak kan? mungkin ada tu nak sentuh pun geli. Air minum pun kalau xsedap sikit terus buang. penuh dengan pembaziran. Tapi mereka kat sana serba kekurangan. Nak jumpa makanan pun susah..tempat tinggal pun tak ada. tidur kat kaki lima,bawah jambatan,dalam longkang.. Kita? rumah kecik sikit dah merungut..makan tak sedap buang..kurang itu merungut kurang ni pn merungut..semuanya tak kena..padahal kita tak sedar apa yang kita ada tu sebenarnya berganda-ganda banyaknya berbanding mereka..


sabda Rasulullah s.a.w Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVgPBgwcvs49_5B4l7Fb_eed37Wq-rbjLun3f3xtQZtETZyuWUG6A3GEz2s7qcEFYzNtqyZiDvWOUlyo0-8ml8hP8ynpqrklaE8Qr2iVniVsmWMKbjA7aRkXPhZ0DNr98iO9xzOdcjRO-O/s1600/detainee.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-df3F-mY0SGdGHscPHuXYBWsYSxRrpxi77ToK_NaYdgtRKTHb6BGbvCX1iRv60Zond5BgoFQQ82rtBqWqElMORKvJhjIzcxCAxPCH04tAXfQm-hB-MUDCFhg1z7skNOAVvmIGdps9l_vC/s1600/arresting-the-chief-perpetrator_ufr5e_19672.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwR3hrOSKqvzjcWCKN4QxhbZoQcgtCA64lG7ae_W5fljcvs5pW0RtjcyfnBGL3zO_3QTfaLxQpTolI98tNiOoK_TK_QcCLShGYgtl_QLSkt6_2R6_KbNl21E7QRZIcitBN7hB1bgsYqV_U/s1600/abuse3105.jpg

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcVDDtweA_TFA-fdyHo03w4OqpyhMw-e-p2Ze-org291rpZfZIOB-CBQxhWaLQsG8Sy1QEdPSAcH0bQAXZBW5CKacKVr3mQYnDzuOjl3wTeFjlQOBRdNC5jnri3pAW5xTNTm1ycvRKeZzw/s1600/30.jpg 
sedih kan? kita hanya mampu lihat gambar2 ni tapi tak mampu nak tolong mereka. jadi apa yang perlu kita buat? sebagai manusia biasa kita tak ada kuasa untuk melakukan segala-galanya. semuanya berlaku atas kehendak Allah. Dalam situasi ni saya rasa ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka. Pertamanya adalah DOA. seperti yang kita tahu doa adalah senjata yang paling kuat bagi umat ISLAM. Allah pasti akan mengabulkan doa-doa kita. cuma cepat atau lambat. dan pasti ada hikmahnya jika ia tidak dikabulkan. Allah adalah perancang yang terbaik. Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakbar..

        Cara yang kedua? Mungkin kita boleh sumbangkan seberapa yang mampu kepada mereka sama ada dalam bentuk wang ringgit, makanan, tenaga dan sebagainya. Di samping itu juga kita perlu bandingkan keadaan mereka dan juga keadaan kita. Kebanyakan mereka gugur syahid. mereke menderita di dunia tetapi syurga menanti mereka di akhirat kelak. Bagaimana pula dengan keadaan kita? haa..jangan duk sibuk2 nak sedih sangat tengok mereka. Kita duk menangis tgk mereka syahid tanpa memikirkan keadaan diri kita sendiri. Mereka dah selamat syahid tapi kita belum tentu syurga atau nerakanya..bukan nak kata tak payah kesiankan mereka..cuma kita perlu ambil iktibar dari segala keadaan. walaupun kita dalam keadaan aman kat malaysia ni..kita tetap hamba Allah yang perlu menunaikan segala tanggungjawab padaNYA. Oleh itu kita perlu sentiasa perbaiki diri dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang soleh dan solehah. Jadikan segala kelebihan yang ada untuk kita lebih bersyukur pada kurniaan Allah swt..tak lupa juga redha dengan segala kekurangan..Tiada yang sempurna di dunia ini..
      Marilah kita upgrade iman dan taqwa ye saudara-saudara ku sekalian. semoga anda sentiasa dalam keadaan baik dan dirahmati Allah..sekian.. :)

Sunday, July 8, 2012

Non Halal FooD Guide

1. Alcohol
-Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
   
2. Animal Shortening*-Shortening is a type of fat such as lard that is solid at room temperature, and is used for making pastry.

-Vegetable shortening is halal.  

3.Animal Fat*
-May be consumed if from Halal, Zabihah, animals.
    
4.Bacon
-Meat from the back and sides of a hog that has been salted, dried, and often smoked.
5.Broth* (from animals)
- A liquid made by cooking vegetables, meat, seafood, or poultry in water for a long time, used as a base for soups and sauces.
6. Enzymes* (Microbial Enzymes are okay)
- A protein substance produced in living cells, that influences a chemical reaction within a plant or animal without being changed itself; an organic catalyst. Enzymes help break down food so that it can be digested. Pepsin is an enzyme.
7. Ethanol
-agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.    

8.Ethyl Alcohol
-Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
9.Gelatin*
-An odorless, tasteless, protein substance like glue or jelly, obtained by boiling the bones, hoofs, and other waste parts of animals. It dissolves easily in hot water and is used in making jellied salads and desserts, camera film, and glue.
10.Gin
- A strong colorless alcoholic drink distilled from grain and flavored with juniper berries.
11. Ham
- Meat cut from the thigh of the hind leg of a hog after curing by salting or smoking.
12. L-cysteine (if from human hair)
- L-cysteine is an ingredient which is used in bakery products as a dough conditioner. It is often used in pizza crusts, pita breads and in bagels. It is made from human hair, chicken/duck feathers and synthetic materials. L-cysteine from human hair is "Haram" and must always be avoided. Synthetic and chicken/duck feather L-cysteine is Halal and may be consumed.
13. Lard
-The fat of pigs or hogs, melted down and made clear. Lard is made especially of the internal fat of the abdomen and is used in cooking.
14. Lipase* (Only animal lipase should be avoided)
- An enzyme produced by the liver, pancreas, or stomach, or by plant seeds, that breaks down fats.
Animal lipase should be avoided. 

15.Pepsin
-An enzyme in the gastric juice of the stomach that helps to digest meat, eggs, cheese, and other proteins.
16.Rennet* All forms should be avoided except for plant/microbial/synthetic.
-Substance containing rennin, obtained from the stomach of a calf or other ruminant, used for curdling milk in making cheese and junket.
17. Rum
-An alcoholic liquor made from sugar cane or molasses. It can be clear but is usually colored brownish-red by storage in oak casks or by the addition of caramel.  

18.Stock* (from animals)
-A liquid made by simmering meat, fish, bones, or vegetables with herbs in water, used in soups, stews, and sauces.
19.Wine
-Alcohol fermented from grapes: an alcoholic drink made by fermenting the juice of grapes.
Alcohol fermented from other fruit: an alcoholic drink made by fermenting the juice of fruit other than grapes, or the juice of other plants.
20.Tallow*
-A hard fatty substance extracted from the fat of sheep and cattle.
21.Vanilla Extract/Flavour
-A flavouring extract made from the vanilla bean and used in candy, ice cream, and perfumes.The flavour extracted from vanilla beans is most commonly dissolved in alcohol. Documentation from a distributor of vanilla extract showed that the ingredient contained 50% alcohol.
22.Whey (Should be avoided unless the rennet used in its production is plant/microbial/synthetic.)
-The watery part of milk that separates from the curd when milk sours and becomes coagulated, or when cheese is made.
-Rennet is used to curd the milk. Whey should be avoided because the rennet used to curd the milk could be from a haram or non-Zabihah animal.

sumber: http://halalguide.org/List_of_Non_Halal.html

Sunday, June 10, 2012

KePeNTiNGaN MenJaGa LiDaH

KEPENTINGAN MENJAGA LIDAH

     Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jagalah taqwa kepada Allah s.w.t. sebab taqwa itu menghimpunkan segala kebaikan. Dan kerjakan jihad sebab dia sebagai pertapaan bagi ummat Islam. Dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran, sebab ia cahaya penerangan untukmu dibumi dan sebulatan namamu dilangit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan laknatullah." 
                   
   Abul Laits berkata: "Taqwa kepada Allah s.w.t. ialah mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya, maka siapa berbuat demikian bererti telah menghimpunkan semua kebaikan. Dan jagalah lidahmu dalam kebaikan bererti katakanlah yang baik sehingga untung dan diamlah dari kejahatan sehingga selamat. Dan manusia tidak dapat mengalahkan syaitan laknatullah kecuali dengan diam, kerana itu seharusnya seorang muslim menjaga lidahnya sehingga terlindung dari syaitan laknatullah. Dan Allah s.w.t. akan menutup auratnya."

       Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang menempeleng (memukul) hambanya maka tebusan dosanya ialah memerdekakannya dan siapa yang menjaga lidahnya Allah s.w.t. menutupi auratnya. Dan siapa yang menahan marahnya maka Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari siksaNya dan siapa yang minta maaf kepada Allah s.w.t. pasti Allah s.w.t. menerima permintaannya."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang percaya (beriman) kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian, maka harus menghormati tamunya dan harus memuliakan tetangganya dan harus berkata baik atau diam."

         Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ya'la berkata: "Kami masuk ketempat Muhammad bin Suqah Azzahid, maka ia berkata: "Mahukah saya sampaikan kepadamu hadis yang mungkin berguna bagimu sebagaimana telah berguna bagiku?" Atha'bin Abi Rabaah berkata kepadaku: "Hai anak saudaraku, orang-orang yang dahulu dari kamu itu tidak suka bicara yang tidak perlu atau bukan kepentingannya, dan mereka menganggap tiap bicara yang tidak perlu itu sia-sia kecuali kitabullah dan amar ma'ruf dan nahi mungkar, atau keperluan kehidupan sehari-hari." Kemudian ia berkata: "Apakah kamu dapat membantah ayat (Yang berbunyi): "Wa inna alaikum lahaa fidhin kiraaman kaatibien." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya padamu ada Malaikat yang baik-baik tukang mencatat." Anil yamini wa anisysyimali qa'ied." (Yang bermaksud): "Disebelah kanan dan kiri tempat duduk." Maa yalfidzu min qaulin illa ladaihi Raaqibun Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan ada Malaikat yang mencatat iaitu Malaikat Raqib dan Atied." Apakah tidak malu salah satu kamu bila dibuka lembaran amalnya, dunia yang utama bahkan hanya yang tidak penting dan lebih-lebihan semata-mata?"

          Abul Laits dari ayahnya dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
  • Diam dan ini ibadat yang pertama
  • Tawadhuk
  • Dzikrullah atau berzikir
  • Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)
Juga diceritakan bahawa sabda ini juga dikatakan oleh Nabi Isa a.s. Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebaiknya Islam seorang itu jika dapat meninggalkan apa-apa yang bukan kepentingannya."

      Lukman Alhakiem ketika ditanya: "Apakah yang dapat menyampaikan engkau ketingkat yang sedemikian itu?" Jawabnya: "Kerana benar tutur kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa-apa yang bukan kepentinganku."

       Abu Bakar bin Ayyasy berkata: "Empat raja masing-masing melepaskan kalimat yang bagaikan anak panah. Raja Kisra berkata: "Saya tidak menyesal terhadap apa yang belum aku katakan dan adakalanya menyesal terhadap apa yang terlanjur saya katakan." Raja Cina berkata: "Selama saya belum melepaskan kalimat maka tetap saya mengusainya tetapi jika keluar maka ia memiliki aku." Raja Kaisar berkata: "Saya lebih mudah menahan apa yang belum saya katakan dan tidak dapat mengembalikan apa yang telah aku katakan." Raja India berkata: "Sungguh hairan dari orang yang mengatakan satu kalimat jika dituntut berbahaya dan jika tidak dituntut tidak berguna."

         Arrabie' bin Khaitsam biasa jika pergi mengambil kalam dan kertas dan tiada berkata sepatah katapun melainkan dicatat kemudian petangnya diperbaiki dirinya.
       
     Abul Laits berkata: "Demikianlah perbuatan orang zahid, mereka menjaga benar-benar lidah dan memperhitungkan diri didunia. Dan demikian seharusnya seorang muslim mengadakan perhitungan amalnya selama masih didunia sebelum diperhitungkan diakhirat, sebab hisab perhitungan dunia jauh lebih ringan dari hisab perhitungan diakhirat."
                 
       Ibrahim Attaimi berkata: "Seorang kawan dari Arrabi' bin Khaitsam berkata: "Saya telah berkawan dengan Arrabi' selama dua puluh tahun, maka belum mendengar daripadanya satu kalimat yang dapat disalahkan (dicela)."
                        
         Musa bin Saied berkata: "Ketika Alhusein bin Ali r.a. terbunuh maka ada orang berkata: "Mungkin hari ini Arrabi akan berbicara." Maka ia pergi ketempat Arrabi dan memberitahu bahawa Alhusein r.a. terbunuh, maka Arrabi segera melihat kelangit sambil berdoa (Yang berbunyi): "Allahumma faa thirassamawati wal ardhi aalimal ghoibi wasysyahadati anta tahkumu baina ibaadika fima kaanu fihi yakh talifun." (Yang bermaksud): "Ya Allah yang mencipta langit dan bumi, yang mengetahui semua yang ghaib dan terang, Engkau yang menghukum semua hambaMu dalam semua yang mereka perselisihkan, dan tidak lebih dari itu."
                  
      Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:
  • Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya
  • Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna
  • Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya
  • Membuka rahsia pada semua orang
  • Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.
            
     Nabi Isa a.s. berkata: "Tiap kalimat yang bukan dzikrullah itu lelehan (lagho) dan tiap diam yang tidak untuk berfikir, maka itu kelalaian dan tiap pandangan yang bukan perhatian, maka itu permainan, maka untung orang yang perkataannya dzikrulllah dan diamnya untuk berfikir dan pandangannya itu perhatian dan pengertian."
               
     Al Auza'i berkata: "Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja dan orang munafiq itu banyak berbicara dan sedikit kerja (amal)."
                       
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Lima sifat yang tidak ada pada orang munafiq iaitu:
  • Pengertian agama
  • Berhati-hatilah dalam lidah
  • Senyum dimuka
  • Nur (terang) dalam hati
  • Cinta kepada kaum muslimin               
             
      Yahya bin Aksam berkata: "Tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatannya."
           
       Lukman Alhakiem berkata kepada anak lelakinya: "Hai anak, siapa yang bersahabat pada seorang yang jahat tidak selamat dan siapa yang masuk ditempat yang jelek tertuduh dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya menyesal."

      Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Untung orang yang dapat menguasai lidahnya dan jinak dirumahnya dan menangisi dosa-dosanya."
        
     Abul Laits berkata: " Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Albashri berkata: "Sesungguhnya lidah orang yang bijaksana itu dibelakang hatinya, sehingga bila ia akan berbicara difikir benar-benar dalam hatinya jika baik maka dikatakannya dan jika berbahaya maka ditahannya, dan orang yang bodoh akalnya dihujung lidahnya, apa yang akan dikatakan langsung dikatakannya. (Yakni tidak difikir baik buruknya)
                      
         Abul Laits berkata: "Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: "Ya Rasulullah, apakah yang tersebut dalam shuhuf Ibrahim a.s?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Didalamnya ada contoh-contoh dan nasihat-nasihat seperti: "Seharusnya seorang yang berakal selama tidak terbalik akalnya menjaga lidahnya, mengetahui keadaan masanya, rajin pada urusannya. Dan siapa yang menganggap bicara itu termasuk amalnya maka sedikit bicara kecuali jika penting (perlu)."
                  
      Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Seharusnya seorang yang berakal itu tidak tekun kecuali dalam tiga macam iaitu:
  • Usaha untuk keperluan hidupnya
  • Beramal untuk hari kemudian
  • Bersuka-suka yang tidak haram
Nabi Muhammad s.a.w. juga berkata: "Seorang yang berakal harus dapat mempergunakan waktu siang dalam empat waktu iaitu:
  • Waktu untuk munajat kepada Allah s.w.t.
  • Waktu untuk memperbaiki diri
  • Waktu untuk mempelajari ilmu dari orang yang dapat menasihat dan menerangkan kepadanya dalam urusan agamanya
  • Waktu untuk memuaskan nafsunya yang halal dan baik

      Juga ia berkata: "Seharusnya seorang yang berakal selalu memperhatikan urusannya dan mengenal orang-orang dimasanya. Dan menjaga kemaluan dan lidahnya." Abul Laits menyebut bahawa kalimat-kalimat ini tersebut dalam Hikmat Nabi Daud a.s.

      Anas bin Malik berkata: "Luqman Alhakiem ketempat Nabi Daud a.s. sedang Nabi Daud a.s. membuat baju besi untuk perang, maka Luqman kagum melihat Nabi Daud a.s. bekerja dan akan menanya tetapi tertahan oleh hikmatnya sehingga tidak bertanya dan ketika telah selesai dicuba baju itu oleh Nabi Daud a.s. sambil berkata: "Sebaik-baik baju besi untuk perang, dan baik pula yang mengerjakannya." Lalu disambut oleh Luqman: "Diam itu hikmat tetapi sedikit yang dapat melaksankannya."
     
       Seorang pujangga berkata (Yang berbunyi): "Al ilmu zainun wassukutu salamatun, fa idza nathaq ta falaa takun miktsaara. Maa min nadimta ala sukutika marratan walaqad nadimta alal kalami miraara" (Yang bermaksud): "Ilmu itu perhiasan dan diam itu keselamatan, maka bila engkau berkata-kata maka jangan banyak-banyak. Jika engkau menyesal kerana diam satu kali, maka sungguh engkau akan menyesal kerana bicara berulang kali."

         Dilain riwayat pula dikatakan bahawa Luqman sabar tidak menanya itu hingga satu tahun lamanya. Seorang pujangga berkata: "Yamutul fata min atsratin bilisanihi, walaisa yamutul mar'u min ats ratirrijli." (Yang bermaksud): "Seorang akan mati kerana tergelincir lidahnya dan tidak ada orang mati kerana tergelincirnya kaki." dan kata pujangga juga berbunyi: "Laa tanthiqanna bimaa karihta fatubbamaa nathaqallisaanu bihaaditsin fayakuun." (Yang bermaksud): "Jangan mengucapkan apa yang tidak engkau suka sebab kemungkinan lidah itu mengucapkan sesuatu maka terjadi apa yang dikatakan itu."
                 
       Humaid bin Abbas berkata: "La'amruka maa syai'un alimtu makanahu, ahaqqa bisijnin min lisaanin mudzallali. Ala fika mimma laisa ya'nika sya'nuhu, biquflin watsiqin haitsu kunta ilaihi sahmu hatfin mu'ajjali. Walasshamtu kahirun min kalaamin mumazihin, fatun shaamitan taslam wa in kunta abqhadh tal baghidha fa'ajmili. Fainnaka laa tadri mata anta mubghidhun habibaka au tahwa baghidhaka fa'qili." (Yang bermaksud): "Demi sesungguhnya tiada sesuatu yang saya ketahui tempatnya, sangat layak untuk dipenjarakan seperti lidah yang sangat lemas. Yang ada dimulutmu kau penjara dari segala yang bukan kepentinganmu dengan kunci yang kuat sebab adakalanya kalimat itu keluar dari seorang bergurau tetapi membawa panah yang menyebabkan mati dengan segera. Dan diam itu tetap lebih baik dari kalimat yang bergurau, maka jadilah engkau seorang pendiam supaya selamat dan bila berkata maka harus adil. Dan jangan sebarangan terhadap kawan dan bila kau membenci maka engkau akan membenci maka sedang-sedang saja sebab engkau tidak mengetahui bilakah engkau akan membenci kekasihmu atau sayang pada yang kau benci, kerana itu hendaklah engkau berakal."

      Seorang cendikiawan berkata: "Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:
  • Diam itu ibadat tanpa susah payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
  • Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal
  • Menutupi segala aib                        
           Juga disebut bahawa diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh. Seorang cendikiawan berkata: "Jasmani anak Adam terbahagi kepada tiga iaitu:
  • Hati
  • Lidah
  • Anggota badan
       Dan Allah s.w.t. telah memuliakan masing-masing dengan kemuliaan sendiri-sendiri, memuliakan hati dengan ma'rifat dan tauhid. Dan memuliakan lidah dengan kalimat syahadat iaitu Laa ilaha illah dan membaca al-quran dan memuliakan semua anggota badan dengan sembahyang, puasa dan lain-lain cara ibadat. 

      Dan Allah s.w.t. menyerahkan masing-masing itu pada pengawas dan pengawal. Maka hati diawasi oleh Allah s.w.t. sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang ada didalam hati perasaan kecuali Allah s.w.t. sendiri dan lidah diserahkan kepada Malaikat Raqib dan Atied. Ayat yang berbunyi: "Maa yal fidhu min qaulin illa ladaihi Raqib Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat Raqib dan Atied." Dan anggota badan lain diserahkan kepada perintah dan larangan dan masing-masing diminta menepati dan jujur. Maka kejujuran hati iaitu tetap beriman tanpa hasad, iri hati atau kianat dan tipu daya. Dan kejujuran lidah tidah ghibah, dusta dan tidak membicarakan apa-apa yang bukan kepentingannya. Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk maksiat dan tidak menggangu orang muslim. Maka siapa tidak jujur hatinya bererti munafiq dan siapa yang tergelincir lidahnya maka ia kafir dan siapa tergelincir anggota badannya maka ia maksiat (berdosa)."
                      
      Alhasan berkata: "Umar bin Alkhaththab r.a. melihat pemuda maka ia berkata: "Hai pemuda, jika engkau menjaga bahaya tiga macam maka engkau terhindar dari bahaya kepemudaanmu (remaja) iaitu: "In wuqita syarra laglaqika wadzab dzabika wa qabqabika." (Yang bermaksud): "Jika engkau menjaga bahaya lidahmu dan kemaluanmu dan perutmu."

       Luqman Alhakiem seorang hamba sahaya dari Habasyah (Eftiophia) dan pertama yang tampak dari hikmatnya iaitu ketika majikannya menyuruhnya menyembelih kambing dan minta kepadanya supaya diberikan kepadanya sebaik-baik apa yang ada dikambing itu, maka ia menghidangkan kepada majikannya hati dan lidah. Kemudian dilain hari disuruh menyembelih kambing dan minta dihidangkan apa yang paling busuk dari bahagian kambing itu, maka ia menghidangkan hati dan lidah. Maka ditanya majikannya: "Saya minta yang terbaik, maka kau hidangkan lidah dan hati dan kini saya minta yang paling busuk dari anggota kambing maka engkau hidangkan hati dan lidah juga?" Jawab Luqman: "Didalam badan tidak ada yang lebih baik dari kedua anggota ini jika ia baik dan tidak ada yang lebih busuk darinya jika ia rosak dan busuk."
                  
      Nabi Muhammad s.a.w. ketika mengutuskan Mu'adz r.a. ke Yaman. Mu'adz berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Maka Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan lidahnya iaitu jagalah lidahmu, nampaknya Mu'adz menganggap itu remah, maka ia berkata: "Ya Nabiyullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Celaka engkau. Apakah engkau kira orang-orang akan terjerumus dalam neraka jahannam itu kerana mukanya, tidak lain hanya hasil dari lidahnya."

     Alhasan Albashri berkata: "Siapa yang banyak bicaranya banyak salahnya dan siapa yang banyak hartanya banyak dosanya dan siapa busuk akhlaknya menyiksa dirinya sendiri."

       Sufyan Atstsauri berkata: "Bila saya melempar seorang dengan anak panah maka itu lebih baik bagiku daripada melemparnya dengan lidahku sebab lemparan lidah tidak pernah luput tetapi lemparan anak panah sering luput."

         Abu Said  Alkukhudri r.a. berkata: "Tiap pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah: "Hai lidah, kami tuntut engkau dengan nama Allah s.w.t., jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka."
                       
        Abu Dzar Alghifari r.a. berdiri dimuka Kaabah lalu berkata: "Ingatlah yang sudah mengenal aku maka cukuplah dan siapa yang belum kenal maka aku Jundub bin Junadah Alghifari (Abu Dzar), sila kamu mendekat kepada kawan yang akan menyampaikan nasihat dan sayang kepadamu." Maka mendekat orang-orang kepadanya dan berkumpul disekitarnya, lalu ia berkata: "Hai semua manusia, siapa yang akan pergi-pergi didunia ini, maka ia pergi kecuali dengan bekal, maka bagaimana seorang yang berlayar pergi keakhirat tanpa bekal?" Lalu mereka bertanya: "Apakah bekal kami, hai Abu Dzar?" jawabnya: "Sembahyang dua rakaat ditengah malam untuk menghadapi gelap dikubur dan puasa dimusim panas untuk mengahdapi hari bangkit dari kubur dan sedekah kepada orang miskin supaya selamat dari siksa disaat yang sukar dan haji untuk menghadapi bahaya-bahaya yang besar dan jadikanlah dunia ini dua tempat (majlis), majlis untuk mencari dunia dan majlis untuk akhirat dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna. Dan jadikan perkataan itu hanya dua kalimat, satu kalimat yang berguna dalam urusan duia atau kalimat yang kekal diakhirat, dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna, Dan jadikan harta itu dua macam, yang satu belanjakan untuk anak keluarga dan yang satu untuk tabungan akhirat dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna." Kemudian Abu Dzr mengeluh: "Aah, saya telah terbunuh oleh kerisauan terhadap satu hari yang tidak dapat saya kejar." Maka ditanya: "Apakah yang kau maksudkan?" Jawabnya: "harapan dan angan-anganku melebihi dari batas ajalku sehingga tidak dapat beramal (aku malas beramal)."
                      
        Nabi Isa a.s. berkata: "Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah s.w.t. sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah s.w.t. tetapi engkau tidak mengetahui."
    
     Seorang sahabat berkata: "Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu."






p/s: menakutkan betul bila dah baca pasal kepentingan menjaga lidah ni. semoga kita semua terpelihara dari dosa dan keburukan lidah.nauzubillah..




Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..