“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah.
Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya
” H.R Hakim”
Saturday, July 6, 2013
Sunday, July 29, 2012
Apa itu Pokok Yahudi?
Assalamualaikum.w.b.t..
tak lama dulu saya ada terbaca kisah pokok yahudi ni di mana suatu saat nanti islam akan bangkit kembali. Ketika peperangan orang-orang yahudi semuanya ketakutan dan bersembunyi di balik pokok-pokok dan batu. Ketika itu mereka tidak lagi boleh bersembunyi kerana dengan izin Allah pokok-pokok dan batu-batu tersebut akan memberitahu kepada tentera2 islam tentang yahudi yang bersembunyi di sebaliknya. akan tetapi ada sejenis pokok yang tidak melakukan hal yang sama. Ia hanya berdiam diri ketika yahudi berlindung disebaliknya. pokok itu dipanggil pokok yahudi.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi bermaksud :
" Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kau muslimin memerangi kaum yahudi sehingga kaum yahudi itu bersembunyi disebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, " Hai orang islam, inilah orang yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!" kecuali pohon gharqad(semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon yahudi(oleh sebab itu ia melindunginya)".
selama ni saya tertanya-tanya macam mana agaknya rupa pohon yahudi ni?Alhamdulillah pagi ni ada rakan facebook yang share kan gambar di bawah ni.
macam tu rupanya pokok yahudi ni.Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian
Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada
orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...
Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !
Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.
Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin
Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !
Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.
Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin
kalau nak tgk video perasmian tu klik link ni perasmian olympic london 2012.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.
Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.
Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.
Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.
| Kempen Kerajaan haram Israel "Projek Menghijaukan bumi" (kononnya la kan) |
sekian..
Sunday, July 22, 2012
AkU SeoRaNg AnaK PaLEsTiN
Aku seorang anak Palestin…
Aku telah dibiarkan kelaparan selama berhari²…
Dan sekarang telah berminggu²…
Aku dengar di tempat lain…
Anak² tertidur di tempat² tidur mereka…
Ibu mereka dgn hangat di sisi mereka…
Menyanyikan lagu utk mereka…
Ayah² mereka akan menciumnya…
Setiap kali mereka bangun di pagi hari drpd tempat tidur….
Mereka memiliki permainan & mainan utk bermain dgn kawan²…
Tapi Aku….
Aku bermain & menunggu kematian…
Ibuku selalu menangis…
Dia sentiasa memakai pakaian hitam…
Kerana dia menghadapi kegelapan setiap hari…
Musuh² matahari….
Anak² mereka ditindas….
Ketika mereka kali pertama menembaki rumah kami dgn bom…
Ayahku menjadi syahid…
Sama seperti ayah² Palestin lainnya…
Sekarang aku semuanya sendiri & keseorangan…
Tanpa pemilik seperti anak² Palestin yg lainnya..
Aku seorang gadis cilik yatim piatu Palestin…
Aku memiliki saudara²ku…
Azra & Aishah berumur 5 tahun...
Mohammad & Zeynab berumur 9 tahun….
Kami tidur bersama dlm satu tempat tidur…
Kerana kami tidak memiliki tempat tidur lainnya…
Aku seorang anak Palestin…
Tetapi aku..
Aku belum boleh tidur dari suara pesawat & bom..
Di waktu seperti ini kami saling berpelukan & menangis…
Di malam seperti ini kami mendengar letusan bom…
Kami ketakutan keluar & berteriak…
“Ibu, Ibu, Ibu…..!”
Ibuku tidak membalasku juga….
Krn ia berselimut kemerahan…
Tetapi merah yg tidak bersuara…
Ibuku yg selalu memakai pakaian hitam kini telah berlumuran darah…
Ibuku telah syahid…
Buaian bayi Aisyah pun telah berlumuran darah…
Mohammad & Zeynab pun telah syahid…
Aku seorang anak Palestin yatim piatu…
Aku tak bisa bangun…
Kerana aku telah kehilangan satu kakiku…
Aku menangis & menjerit..
Apa kejahatanku…??
Mereka mengatakan krn namamu adalah Sumayyah…
Inilah kejahatanmu…
Sama seperti orang² yg bernama Aisyah, Fatimah & Muhammad…
Hal ini kerana kalian adalah anak² yg syahid…
Seperti semua anak² Palestin lainnya…
Kerana aku adalah anak Palestin…
Tidak punyai saudara…
Mereka berkata kepadaku…
“Tidak ada seorangpun yg dapat mendengar kalian”
Aku bertanya pada mereka..
“Tidakkah ada seseorang di dunia yg seperti aku”
Mereka berkata..
“1.5 million di antara mereka bernama Aisyah & Ahmad..”
Aku tak percaya itu…
Di mana mereka…
Tunjukkan padaku, di manakah mereka??
Di manakah kaum muslimin??
Sudahkan mereka melepaskan kami drpd tangan kaum Yahudi??
Lalu aku mengangkat tanganku, memohon kpd Tuhanku!!
Ya ALLAH, aku menyakini-MU..
Dan aku melihat perlindungan-MU…
Aku bergantung kepada-MU & keyakinan-MU..
Engkaulah Pelindung kami dan Pemilik segala sesuatu…
Engkaulah Tuhan Semesta Alam & Engkau adalah Tuhanku…
Ya ALLAH, hancurkanlah mereka!!!!!!!!
Aku seorang anak Palestin..
Seorang anak yatim piatu…
YA ALLAH...
Aku memohon dgn sepenuh hatiku kepadaMU,
Tiada apa yg dapat aku lakukan,
Melainkan kiriman sebuah doa utk mereka,
Bantulah hambaMU YA ALLAH,
Kirimkan tenteraMU utk membantu rakyat Palestin,
Bantulah mereka sebagaimana KAU menghantar burung Ababil utk melindungi baitullah,
Kirimkanlah ketabahan & kesabaran pada hati² mereka,
Kirimkanlah kekuatan pada fizikal mereka,
KAU musnahkanlah Zionis terlaknat itu YA ALLAH,
Selamatkanlah mereka drpd kekejaman Zionis yg rakus itu,
Jadikanlah air mata mereka sebagai peluru yg membunuh Zionis,
Jadikanlah derita & kecewa mereka sebagai penyebab musnahnya Zionis,
Selamatkanlah Palestin..
Damai & amanlah Palestin..
Sabarlah saudara²ku..
PALESTIN..
* Aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya menyelamatkan bumi PALESTIN.
ALLAHU AKHBAR 3x.
Friday, July 13, 2012
SyuKuri aPa YanG Ada
Assalamualaikum.wbt..
salam sejahtera buat anda semua.semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. sekarang dah macam-macam kita dengar kan. Umat islam ditindas di sana sini seperti rakyat palestin, syria, dan lain-lain. Sangat menyedihkan bila kita hanya mampu melihat kekejaman kafir laknatullah tanpa dapat membantu saudara-saudara kita di sana. Setiap saat hidup mereka dilanda ketakutan dan mungkin juga trauma. hanya doa yang mampu disedekahkan buat mereka. Tiap-tiap hari ada je berita kematian dan penyeksaan yang dilakukan oleh kafir laknatullah..setiap kali saya tengok gambar kekejaman dan kesusahan mereka hati ni rasa sakit sangat. hanya mampu melihat.tak mampu nk buat apa-apa. Bila tengok gambar di bawah ni tadi air mata ni rasa nak mengalir je..nasib baik ade rumate kat dalam bilik ni kalau tak lama dah mengalir. huuu..sobs sobs..
![]() |
| The next time you waste water, think about it. |
Sunday, July 8, 2012
Non Halal FooD Guide
1. Alcohol
-Alcohol is a colorless liquid, produced by the
fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented
drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
2. Animal Shortening*-Shortening is a type of fat
such as lard that is solid at room temperature, and is used for making pastry.
-Vegetable shortening is halal.
3.Animal Fat*
-May be consumed if from Halal, Zabihah, animals.
4.Bacon
-Meat from the back and sides of a hog that has been salted, dried, and often smoked.
-Meat from the back and sides of a hog that has been salted, dried, and often smoked.
5.Broth* (from animals)
- A liquid made by cooking vegetables, meat, seafood, or poultry in water for a long time, used as a base for soups and sauces.
- A liquid made by cooking vegetables, meat, seafood, or poultry in water for a long time, used as a base for soups and sauces.
6. Enzymes* (Microbial Enzymes are okay)
- A protein substance produced in living cells, that influences a chemical reaction within a plant or animal without being changed itself; an organic catalyst. Enzymes help break down food so that it can be digested. Pepsin is an enzyme.
- A protein substance produced in living cells, that influences a chemical reaction within a plant or animal without being changed itself; an organic catalyst. Enzymes help break down food so that it can be digested. Pepsin is an enzyme.
7. Ethanol
-agent in fermented drinks and is used as a
solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
8.Ethyl Alcohol
-Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
-Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
9.Gelatin*
-An odorless, tasteless, protein substance like glue or jelly, obtained by boiling the bones, hoofs, and other waste parts of animals. It dissolves easily in hot water and is used in making jellied salads and desserts, camera film, and glue.
-An odorless, tasteless, protein substance like glue or jelly, obtained by boiling the bones, hoofs, and other waste parts of animals. It dissolves easily in hot water and is used in making jellied salads and desserts, camera film, and glue.
10.Gin
- A strong colorless alcoholic drink distilled from grain and flavored with juniper berries.
- A strong colorless alcoholic drink distilled from grain and flavored with juniper berries.
11. Ham
- Meat cut from the thigh of the hind leg of a hog after curing by salting or smoking.
- Meat cut from the thigh of the hind leg of a hog after curing by salting or smoking.
12. L-cysteine (if from human hair)
- L-cysteine is an ingredient which is used in bakery products as a dough conditioner. It is often used in pizza crusts, pita breads and in bagels. It is made from human hair, chicken/duck feathers and synthetic materials. L-cysteine from human hair is "Haram" and must always be avoided. Synthetic and chicken/duck feather L-cysteine is Halal and may be consumed.
- L-cysteine is an ingredient which is used in bakery products as a dough conditioner. It is often used in pizza crusts, pita breads and in bagels. It is made from human hair, chicken/duck feathers and synthetic materials. L-cysteine from human hair is "Haram" and must always be avoided. Synthetic and chicken/duck feather L-cysteine is Halal and may be consumed.
13. Lard
-The fat of pigs or hogs, melted down and made clear. Lard is made especially of the internal fat of the abdomen and is used in cooking.
-The fat of pigs or hogs, melted down and made clear. Lard is made especially of the internal fat of the abdomen and is used in cooking.
14. Lipase* (Only animal lipase should be avoided)
- An enzyme produced by the liver, pancreas, or stomach, or by plant seeds, that breaks down fats.
Animal lipase should be avoided.
- An enzyme produced by the liver, pancreas, or stomach, or by plant seeds, that breaks down fats.
Animal lipase should be avoided.
15.Pepsin
-An enzyme in the gastric juice of the stomach that helps to digest meat, eggs, cheese, and other proteins.
-An enzyme in the gastric juice of the stomach that helps to digest meat, eggs, cheese, and other proteins.
16.Rennet* All forms should be avoided except for
plant/microbial/synthetic.
-Substance containing rennin, obtained from the stomach of a calf or other ruminant, used for curdling milk in making cheese and junket.
-Substance containing rennin, obtained from the stomach of a calf or other ruminant, used for curdling milk in making cheese and junket.
17. Rum
-An alcoholic liquor made from sugar cane or molasses. It can be clear but is usually colored brownish-red by storage in oak casks or by the addition of caramel.
-An alcoholic liquor made from sugar cane or molasses. It can be clear but is usually colored brownish-red by storage in oak casks or by the addition of caramel.
18.Stock* (from animals)
-A liquid made by simmering meat, fish, bones, or vegetables with herbs in water, used in soups, stews, and sauces.
-A liquid made by simmering meat, fish, bones, or vegetables with herbs in water, used in soups, stews, and sauces.
19.Wine
-Alcohol fermented from grapes: an alcoholic drink made by fermenting the juice of grapes.
Alcohol fermented from other fruit: an alcoholic drink made by fermenting the juice of fruit other than grapes, or the juice of other plants.
-Alcohol fermented from grapes: an alcoholic drink made by fermenting the juice of grapes.
Alcohol fermented from other fruit: an alcoholic drink made by fermenting the juice of fruit other than grapes, or the juice of other plants.
20.Tallow*
-A hard fatty substance extracted from the fat of sheep and cattle.
-A hard fatty substance extracted from the fat of sheep and cattle.
21.Vanilla Extract/Flavour
-A flavouring extract made from the vanilla bean and used in candy, ice cream, and perfumes.The flavour extracted from vanilla beans is most commonly dissolved in alcohol. Documentation from a distributor of vanilla extract showed that the ingredient contained 50% alcohol.
-A flavouring extract made from the vanilla bean and used in candy, ice cream, and perfumes.The flavour extracted from vanilla beans is most commonly dissolved in alcohol. Documentation from a distributor of vanilla extract showed that the ingredient contained 50% alcohol.
22.Whey (Should be avoided unless the rennet used in its
production is plant/microbial/synthetic.)
-The watery part of milk that separates from the curd when milk sours and becomes coagulated, or when cheese is made.
-Rennet is used to curd the milk. Whey should be avoided because the rennet used to curd the milk could be from a haram or non-Zabihah animal.
sumber: http://halalguide.org/List_of_Non_Halal.html
-The watery part of milk that separates from the curd when milk sours and becomes coagulated, or when cheese is made.
-Rennet is used to curd the milk. Whey should be avoided because the rennet used to curd the milk could be from a haram or non-Zabihah animal.
sumber: http://halalguide.org/List_of_Non_Halal.html
Sunday, June 10, 2012
KePeNTiNGaN MenJaGa LiDaH
KEPENTINGAN MENJAGA LIDAH
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jagalah taqwa kepada Allah s.w.t. sebab taqwa itu menghimpunkan segala kebaikan. Dan kerjakan jihad sebab dia sebagai pertapaan bagi ummat Islam. Dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran, sebab ia cahaya penerangan untukmu dibumi dan sebulatan namamu dilangit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan laknatullah."
Abul Laits berkata: "Taqwa kepada Allah s.w.t. ialah mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya, maka siapa berbuat demikian bererti telah menghimpunkan semua kebaikan. Dan jagalah lidahmu dalam kebaikan bererti katakanlah yang baik sehingga untung dan diamlah dari kejahatan sehingga selamat. Dan manusia tidak dapat mengalahkan syaitan laknatullah kecuali dengan diam, kerana itu seharusnya seorang muslim menjaga lidahnya sehingga terlindung dari syaitan laknatullah. Dan Allah s.w.t. akan menutup auratnya."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang menempeleng (memukul) hambanya maka tebusan dosanya ialah memerdekakannya dan siapa yang menjaga lidahnya Allah s.w.t. menutupi auratnya. Dan siapa yang menahan marahnya maka Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari siksaNya dan siapa yang minta maaf kepada Allah s.w.t. pasti Allah s.w.t. menerima permintaannya."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang percaya (beriman) kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian, maka harus menghormati tamunya dan harus memuliakan tetangganya dan harus berkata baik atau diam."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ya'la berkata:
"Kami masuk ketempat Muhammad bin Suqah Azzahid, maka ia berkata:
"Mahukah saya sampaikan kepadamu hadis yang mungkin berguna bagimu
sebagaimana telah berguna bagiku?" Atha'bin Abi Rabaah berkata kepadaku:
"Hai anak saudaraku, orang-orang yang dahulu dari kamu itu tidak suka bicara yang tidak perlu atau bukan kepentingannya, dan mereka menganggap tiap bicara yang tidak perlu itu sia-sia kecuali kitabullah dan amar ma'ruf dan nahi mungkar, atau keperluan kehidupan sehari-hari." Kemudian ia berkata: "Apakah kamu dapat membantah ayat (Yang berbunyi): "Wa inna alaikum lahaa fidhin kiraaman kaatibien." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya padamu ada Malaikat yang baik-baik tukang mencatat." Anil yamini wa anisysyimali qa'ied." (Yang bermaksud): "Disebelah kanan dan kiri tempat duduk." Maa yalfidzu min qaulin illa ladaihi Raaqibun Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan ada Malaikat yang mencatat iaitu Malaikat Raqib dan Atied."
Apakah tidak malu salah satu kamu bila dibuka lembaran amalnya, dunia
yang utama bahkan hanya yang tidak penting dan lebih-lebihan
semata-mata?"
Abul Laits dari ayahnya dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
- Diam dan ini ibadat yang pertama
- Tawadhuk
- Dzikrullah atau berzikir
- Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)
Juga diceritakan bahawa sabda ini juga dikatakan oleh Nabi Isa a.s. Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebaiknya Islam seorang itu jika dapat meninggalkan apa-apa yang bukan kepentingannya."
Lukman Alhakiem ketika ditanya: "Apakah yang dapat menyampaikan
engkau ketingkat yang sedemikian itu?" Jawabnya: "Kerana benar tutur
kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa-apa yang bukan
kepentinganku."
Abu Bakar bin Ayyasy berkata: "Empat raja masing-masing melepaskan
kalimat yang bagaikan anak panah. Raja Kisra berkata: "Saya tidak
menyesal terhadap apa yang belum aku katakan dan adakalanya menyesal
terhadap apa yang terlanjur saya katakan." Raja Cina berkata: "Selama
saya belum melepaskan kalimat maka tetap saya mengusainya tetapi jika
keluar maka ia memiliki aku." Raja Kaisar berkata: "Saya lebih mudah
menahan apa yang belum saya katakan dan tidak dapat mengembalikan apa
yang telah aku katakan." Raja India berkata: "Sungguh hairan dari orang
yang mengatakan satu kalimat jika dituntut berbahaya dan jika tidak
dituntut tidak berguna."
Arrabie' bin Khaitsam biasa jika pergi mengambil kalam dan
kertas dan tiada berkata sepatah katapun melainkan dicatat kemudian
petangnya diperbaiki dirinya.
Abul Laits berkata: "Demikianlah perbuatan orang zahid, mereka
menjaga benar-benar lidah dan memperhitungkan diri didunia. Dan demikian
seharusnya seorang muslim mengadakan perhitungan amalnya selama masih
didunia sebelum diperhitungkan diakhirat, sebab hisab perhitungan dunia
jauh lebih ringan dari hisab perhitungan diakhirat."
Ibrahim Attaimi berkata: "Seorang kawan dari Arrabi' bin Khaitsam
berkata: "Saya telah berkawan dengan Arrabi' selama dua puluh tahun,
maka belum mendengar daripadanya satu kalimat yang dapat disalahkan
(dicela)."
Musa bin Saied berkata: "Ketika Alhusein bin Ali r.a. terbunuh
maka ada orang berkata: "Mungkin hari ini Arrabi akan berbicara." Maka
ia pergi ketempat Arrabi dan memberitahu bahawa Alhusein r.a. terbunuh,
maka Arrabi segera melihat kelangit sambil berdoa (Yang berbunyi): "Allahumma faa thirassamawati wal ardhi aalimal ghoibi wasysyahadati anta tahkumu baina ibaadika fima kaanu fihi yakh talifun." (Yang bermaksud): "Ya Allah yang mencipta langit dan bumi, yang mengetahui semua yang ghaib dan terang, Engkau yang menghukum semua hambaMu dalam semua yang mereka perselisihkan, dan tidak lebih dari itu."
Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:
- Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya
- Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna
- Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya
- Membuka rahsia pada semua orang
- Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.
Nabi Isa a.s. berkata:
"Tiap kalimat yang bukan dzikrullah itu lelehan (lagho) dan tiap diam
yang tidak untuk berfikir, maka itu kelalaian dan tiap pandangan yang
bukan perhatian, maka itu permainan, maka untung orang yang perkataannya
dzikrulllah dan diamnya untuk berfikir dan pandangannya itu perhatian
dan pengertian."
Al Auza'i berkata: "Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak
bekerja dan orang munafiq itu banyak berbicara dan sedikit kerja
(amal)."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Lima sifat yang tidak ada pada orang munafiq iaitu:
- Pengertian agama
- Berhati-hatilah dalam lidah
- Senyum dimuka
- Nur (terang) dalam hati
- Cinta kepada kaum muslimin
Yahya bin Aksam berkata:
"Tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua
amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam
semua amal perbuatannya."
Lukman Alhakiem berkata kepada anak lelakinya: "Hai anak, siapa
yang bersahabat pada seorang yang jahat tidak selamat dan siapa yang
masuk ditempat yang jelek tertuduh dan siapa yang tidak dapat menahan
lidahnya menyesal."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Untung orang yang dapat menguasai lidahnya dan jinak dirumahnya dan menangisi dosa-dosanya."
Abul Laits berkata: " Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari
Alhasan Albashri berkata: "Sesungguhnya lidah orang yang bijaksana itu
dibelakang hatinya, sehingga bila ia akan berbicara difikir benar-benar
dalam hatinya jika baik maka dikatakannya dan jika berbahaya maka
ditahannya, dan orang yang bodoh akalnya dihujung lidahnya, apa yang
akan dikatakan langsung dikatakannya. (Yakni tidak difikir baik
buruknya)
Abul Laits berkata: "Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: "Ya Rasulullah, apakah yang tersebut dalam shuhuf Ibrahim a.s?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:
"Didalamnya ada contoh-contoh dan nasihat-nasihat seperti: "Seharusnya
seorang yang berakal selama tidak terbalik akalnya menjaga lidahnya,
mengetahui keadaan masanya, rajin pada urusannya. Dan siapa yang
menganggap bicara itu termasuk amalnya maka sedikit bicara kecuali jika
penting (perlu)."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Seharusnya seorang yang berakal itu tidak tekun kecuali dalam tiga macam iaitu:
- Usaha untuk keperluan hidupnya
- Beramal untuk hari kemudian
- Bersuka-suka yang tidak haram
Nabi Muhammad s.a.w. juga berkata: "Seorang yang berakal harus dapat mempergunakan waktu siang dalam empat waktu iaitu:
- Waktu untuk munajat kepada Allah s.w.t.
- Waktu untuk memperbaiki diri
- Waktu untuk mempelajari ilmu dari orang yang dapat menasihat dan menerangkan kepadanya dalam urusan agamanya
- Waktu untuk memuaskan nafsunya yang halal dan baik
Juga ia
berkata: "Seharusnya seorang yang berakal selalu memperhatikan urusannya
dan mengenal orang-orang dimasanya. Dan menjaga kemaluan dan lidahnya."
Abul Laits menyebut bahawa kalimat-kalimat ini tersebut dalam Hikmat Nabi Daud a.s.
Anas bin Malik berkata: "Luqman Alhakiem ketempat Nabi Daud a.s. sedang Nabi Daud a.s. membuat baju besi untuk perang, maka Luqman kagum melihat Nabi Daud a.s. bekerja dan akan menanya tetapi tertahan oleh hikmatnya sehingga tidak bertanya dan ketika telah selesai dicuba baju itu oleh Nabi Daud a.s. sambil
berkata: "Sebaik-baik baju besi untuk perang, dan baik pula yang
mengerjakannya." Lalu disambut oleh Luqman: "Diam itu hikmat tetapi
sedikit yang dapat melaksankannya."
Seorang pujangga berkata (Yang berbunyi): "Al
ilmu zainun wassukutu salamatun, fa idza nathaq ta falaa takun
miktsaara. Maa min nadimta ala sukutika marratan walaqad nadimta alal
kalami miraara" (Yang bermaksud): "Ilmu itu perhiasan dan diam itu keselamatan, maka bila engkau berkata-kata maka jangan banyak-banyak. Jika engkau menyesal kerana diam satu kali, maka sungguh engkau akan menyesal kerana bicara berulang kali."
Dilain riwayat pula dikatakan bahawa Luqman sabar tidak menanya
itu hingga satu tahun lamanya. Seorang pujangga berkata: "Yamutul fata min atsratin bilisanihi, walaisa yamutul mar'u min ats ratirrijli." (Yang bermaksud): "Seorang akan mati kerana tergelincir lidahnya dan tidak ada orang mati kerana tergelincirnya kaki." dan kata pujangga juga berbunyi: "Laa tanthiqanna bimaa karihta fatubbamaa nathaqallisaanu bihaaditsin fayakuun." (Yang bermaksud): "Jangan
mengucapkan apa yang tidak engkau suka sebab kemungkinan lidah itu
mengucapkan sesuatu maka terjadi apa yang dikatakan itu."
Humaid bin Abbas berkata: "La'amruka
maa syai'un alimtu makanahu, ahaqqa bisijnin min lisaanin mudzallali.
Ala fika mimma laisa ya'nika sya'nuhu, biquflin watsiqin haitsu kunta
ilaihi sahmu hatfin mu'ajjali. Walasshamtu kahirun min kalaamin
mumazihin, fatun shaamitan taslam wa in kunta abqhadh tal baghidha
fa'ajmili. Fainnaka laa tadri mata anta mubghidhun habibaka au tahwa
baghidhaka fa'qili." (Yang bermaksud): "Demi
sesungguhnya tiada sesuatu yang saya ketahui tempatnya, sangat layak
untuk dipenjarakan seperti lidah yang sangat lemas. Yang ada dimulutmu
kau penjara dari segala yang bukan kepentinganmu dengan kunci yang kuat
sebab adakalanya kalimat itu keluar dari seorang bergurau tetapi membawa
panah yang menyebabkan mati dengan segera. Dan diam itu tetap lebih
baik dari kalimat yang bergurau, maka jadilah engkau seorang pendiam
supaya selamat dan bila berkata maka harus adil. Dan jangan sebarangan
terhadap kawan dan bila kau membenci maka engkau akan membenci maka
sedang-sedang saja sebab engkau tidak mengetahui bilakah engkau akan
membenci kekasihmu atau sayang pada yang kau benci, kerana itu hendaklah
engkau berakal."
Seorang cendikiawan berkata: "Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan
dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:
- Diam itu ibadat tanpa susah payah
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
- Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal
- Menutupi segala aib
Juga disebut bahawa
diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh. Seorang
cendikiawan berkata: "Jasmani anak Adam terbahagi kepada tiga iaitu:
- Hati
- Lidah
- Anggota badan
Dan Allah s.w.t. telah
memuliakan masing-masing dengan kemuliaan sendiri-sendiri, memuliakan
hati dengan ma'rifat dan tauhid. Dan memuliakan lidah dengan kalimat
syahadat iaitu Laa ilaha illah dan membaca al-quran dan memuliakan semua anggota badan dengan sembahyang, puasa dan lain-lain cara ibadat.
Dan Allah s.w.t. menyerahkan masing-masing itu pada pengawas dan pengawal. Maka hati diawasi oleh Allah s.w.t. sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang ada didalam hati perasaan kecuali Allah s.w.t. sendiri dan lidah diserahkan kepada Malaikat Raqib dan Atied. Ayat yang berbunyi: "Maa yal fidhu min qaulin illa ladaihi Raqib Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat Raqib dan Atied."
Dan anggota badan lain diserahkan kepada perintah dan larangan dan
masing-masing diminta menepati dan jujur. Maka kejujuran hati iaitu
tetap beriman tanpa hasad, iri hati atau kianat dan tipu daya. Dan
kejujuran lidah tidah ghibah, dusta dan tidak membicarakan apa-apa yang
bukan kepentingannya. Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk
maksiat dan tidak menggangu orang muslim. Maka siapa tidak jujur hatinya
bererti munafiq dan siapa yang tergelincir lidahnya maka ia kafir dan
siapa tergelincir anggota badannya maka ia maksiat (berdosa)."
Alhasan berkata: "Umar bin Alkhaththab r.a. melihat pemuda maka ia
berkata: "Hai pemuda, jika engkau menjaga bahaya tiga macam maka engkau
terhindar dari bahaya kepemudaanmu (remaja) iaitu: "In wuqita syarra laglaqika wadzab dzabika wa qabqabika." (Yang bermaksud): "Jika engkau menjaga bahaya lidahmu dan kemaluanmu dan perutmu."
Luqman Alhakiem seorang hamba sahaya dari Habasyah (Eftiophia) dan
pertama yang tampak dari hikmatnya iaitu ketika majikannya menyuruhnya
menyembelih kambing dan minta kepadanya supaya diberikan kepadanya
sebaik-baik apa yang ada dikambing itu, maka ia menghidangkan kepada
majikannya hati dan lidah. Kemudian dilain hari disuruh menyembelih
kambing dan minta dihidangkan apa yang paling busuk dari bahagian
kambing itu, maka ia menghidangkan hati dan lidah. Maka ditanya
majikannya: "Saya minta yang terbaik, maka kau hidangkan lidah dan hati
dan kini saya minta yang paling busuk dari anggota kambing maka engkau
hidangkan hati dan lidah juga?" Jawab Luqman: "Didalam badan tidak ada
yang lebih baik dari kedua anggota ini jika ia baik dan tidak ada yang
lebih busuk darinya jika ia rosak dan busuk."
Nabi Muhammad s.a.w. ketika mengutuskan Mu'adz r.a. ke Yaman. Mu'adz berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Maka Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan lidahnya iaitu jagalah lidahmu, nampaknya Mu'adz menganggap itu remah, maka ia berkata: "Ya Nabiyullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Celaka engkau. Apakah engkau kira orang-orang akan terjerumus dalam
neraka jahannam itu kerana mukanya, tidak lain hanya hasil dari
lidahnya."
Alhasan Albashri berkata: "Siapa yang banyak bicaranya banyak
salahnya dan siapa yang banyak hartanya banyak dosanya dan siapa busuk
akhlaknya menyiksa dirinya sendiri."
Sufyan Atstsauri berkata: "Bila saya melempar seorang dengan anak
panah maka itu lebih baik bagiku daripada melemparnya dengan lidahku
sebab lemparan lidah tidak pernah luput tetapi lemparan anak panah
sering luput."
Abu Said Alkukhudri r.a. berkata: "Tiap pagi anggota badan anak
Adam berpesan kepada lidah: "Hai lidah, kami tuntut engkau dengan nama Allah s.w.t., jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka."
Abu Dzar Alghifari r.a. berdiri dimuka Kaabah lalu berkata:
"Ingatlah yang sudah mengenal aku maka cukuplah dan siapa yang belum
kenal maka aku Jundub bin Junadah Alghifari (Abu Dzar), sila kamu
mendekat kepada kawan yang akan menyampaikan nasihat dan sayang
kepadamu." Maka mendekat orang-orang kepadanya dan berkumpul
disekitarnya, lalu ia berkata: "Hai semua manusia, siapa yang akan
pergi-pergi didunia ini, maka ia pergi kecuali dengan bekal, maka
bagaimana seorang yang berlayar pergi keakhirat tanpa bekal?" Lalu
mereka bertanya: "Apakah bekal kami, hai Abu Dzar?" jawabnya:
"Sembahyang dua rakaat ditengah malam untuk menghadapi gelap dikubur dan
puasa dimusim panas untuk mengahdapi hari bangkit dari kubur dan
sedekah kepada orang miskin supaya selamat dari siksa disaat yang sukar
dan haji untuk menghadapi bahaya-bahaya yang besar dan jadikanlah dunia
ini dua tempat (majlis), majlis untuk mencari dunia dan majlis untuk
akhirat dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna. Dan jadikan
perkataan itu hanya dua kalimat, satu kalimat yang berguna dalam urusan
duia atau kalimat yang kekal diakhirat, dan yang ketiga berbahaya dan
tidak berguna, Dan jadikan harta itu dua macam, yang satu belanjakan
untuk anak keluarga dan yang satu untuk tabungan akhirat dan yang ketiga
berbahaya dan tidak berguna." Kemudian Abu Dzr mengeluh: "Aah, saya
telah terbunuh oleh kerisauan terhadap satu hari yang tidak dapat saya
kejar." Maka ditanya: "Apakah yang kau maksudkan?" Jawabnya: "harapan
dan angan-anganku melebihi dari batas ajalku sehingga tidak dapat
beramal (aku malas beramal)."
Nabi Isa a.s. berkata: "Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah s.w.t. sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah s.w.t. tetapi engkau tidak mengetahui."
Seorang sahabat berkata: "Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah
badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah
bicara yang bukan kepentinganmu."
Solat Sunat Rawatib
Assalamualaikum.w.b.t..
harini saya nak kongsi pasal solat sunat rawatib.dari sekolah rendah lagi kita sudah didedahkan dengan amalan sunnah ni.tapi tak ramai yang amalkan.tahukah anda Rasulullah saw xpernah tinggalkan solat sunat rawatib --> Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu :
✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."
seperti yang kita tahu amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.
Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.
Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,
Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'
(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)
saya sendiri pn sedang berjinak2 dengan solat sunat rawatib ni.harap2 kita boleh terus pertingkatkan lagi amalan kita pada Tuhan yang satu iaitu Allah swt..
beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari..
wallahualam..
![]() |
| sharing is caring |
Amalan minum Rasulullah saw..
Assalamualaikum.w.b.t...
harini saya nak kongsi pasal amalan minum Rasulullah s.a.w..dapat dari seorang kawan yang share artikel ni dari fb..suke sangat!sebab saya pn suke minum air manis dan sejuk! :)
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan
Ringkasan adab minum
1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2.Bacalah " Bismillah"
3.Minum dengan tiga nafas
4.Minum dalam keadaan duduk
5.Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7.Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain 9.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
10.Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan kathiraa
sumber : halaqah.net
harini saya nak kongsi pasal amalan minum Rasulullah s.a.w..dapat dari seorang kawan yang share artikel ni dari fb..suke sangat!sebab saya pn suke minum air manis dan sejuk! :)
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan
Ringkasan adab minum
1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2.Bacalah " Bismillah"
3.Minum dengan tiga nafas
4.Minum dalam keadaan duduk
5.Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7.Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain 9.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
10.Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan kathiraa
sumber : halaqah.net
Tuesday, April 17, 2012
Kamu percaya adanya Tuhan?
Pada suatu hari seorng lelaki ethist ketika mengunting rambut seorg Muslim dia bertanya kepada lelaki Muslim,
Ethist: apa kamu percaya adanya Tuhan?,
Muslim: yea, saya percaya, itulah akidah kami org Islam, percaya Kepada Tuhan yg Satu.
Ethist: saya tak percaya.
Muslim bertanya: kenapa kamu kata gitu?
Ethist jawab: kalau betul Tuhan itu Ada kenapa masih Ada org miskin, kebuluran kesusahan Dan kepapaan?
Muslim: diam...tak jawab apa2.
Setelah selesai gunting rambut lelaki Muslim pun beredar keluar....tidak sampai beberapa minit lelaki Muslim masuk balik kedai gunting rambut, lalu berkata: betul lah...mana Ada tukang gunting kat sini... Mendngar kata2 itu lelaki ethist tu menjawab...saya ni apa? Bukan tukang gunting rambut kah? Lalu lelaki ethist tu Tanya kpd lelaki Muslim kenapa kamu cakap begitu? Lelaki Muslim ni jawab, sebab ramai org di luar sana yg rambutnya kusut Masai. Itu buktinya tiada tukang gunting rambut. Lelaki ethist itu menjawab dgn nada yg tegas, dah dia tak dtg Kepada saya macamana saya Nak potong rambut dia? Lelaki Muslim menjawab, begitu jugalah Allah swt kalau org tidak datang KepadaNya masakan Dia nak bagi kelapangan Dari kepapaan Dan kemiskinan.
Friday, April 13, 2012
NaSiHaT UnTuk SeMuA
KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA...
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ). —
Subscribe to:
Posts (Atom)

















