Monday, January 17, 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA.....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca.kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


p/s:alangkah indahnya hidup jika ada yang mencintai kita sebigini rupa.ada beberapa perkara yang pernah sy alami dalam ayat2 di atas.sekarang sy sedang berusaha untuk melakukan  perkara yang dinyatakan pada nombor 21 dan 22.moga si dia akan berbahagia dengan insan yang dia pilih.sy akan teruskan hidup dengan kenangan itu dan mungkin akan melupakanya satu saat nanti.tujuanku hanya satu.untuk mencari keredhaan yang HAKIKI...



11 comments:

  1. Mantepp ne artikelnya.., jadi banyak tau dach tentang apa itu cintrong.., eh salah.. maksudnya cinta :)) nice post kawand.. :-bd

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..perkongsian ilmu yang baik...

    ReplyDelete
  3. salam. pkongsian yg baik. mungkin skdar peringatan. ttp sbnarny adlh lebih baik jka kita tdak mengecewakn Pencipta kta sendiri dgn tdak mlakukn pkara2 yg dlarangNya. jka ingin mcari bakal suami @ teman hidup, bdoalah kpdNya agr dtemukan & dpercepatkan jodoh agr terkabul suatu ms nt. ttp jgnlah kte mgingati kembali kenangan2 cinta yg dulu krn telah sedia maklum ini semua hny akn melalaikan dri serta dbenci Allah krn ia benar2 mhampiri zina. zina itu ada 3. zina pd pbuatan, zina pd hati & zina pd lisan. jika ini adlh tergolong dlm zina lisan krn teringat pd kksih ht. bcintalah dgn Allah krn Dia tdak akn menolak cinta hambanya apth lg mengecewakan hambanya. berlainan dgn cinta manusia yg sementara.. allah lah yg mciptakn sgalany. Dia jualah yg mbrikan sgala rzki, nikmat manis & pahit utk hidup. ttp, mgp kte sering ingin mcari kekasih yg lebih hebat drNya.. KhebatanNya tiada tandingan walau dgn seisi dunia ini.
    "Wala taqrabuzzina.Innahu kana fahisyatawwasa as sabila".
    "Dan jgnlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu keji & jln menuju kesesatan".(Surah Al Isra':32. muhasabah dr bsama. wallahhu'alam :)

    ReplyDelete
  4. best memang best..tapi kalau dah macam 100kali sehari duk call itu dah macam mengongkong dah tu..hehe ;)

    btw, nice entry lah! :)

    ReplyDelete
  5. fda sukakan entry ni... dia mengingatkan fda pada seseorang yang akhirnya mengakui mencintai sepenuh ati... tapi sayang... dia terlambat... memberitahu saat fda telah dimiliki...

    betul... orang yang cintakan kita tak pernah berkira dengan kita... tak pernah lupa sms kita... hmmm... tq for this entry

    anyway... fda mahu tahu banyak tentang kamu... maka kamu di tagged di http://wanfeedahoney-myendlesslove.blogspot.com/2011/01/25-random-things-about-me.html

    inform me when done

    ReplyDelete
  6. siti-btol tu..jdi rimas lak klo camtuh..

    fda-untungla kamu dicintai sebegitu..namun jodoh telah ditentukan Allah..kita xsemestinya dapat apa yang kita mahukan..

    ReplyDelete
  7. singgah pagi seacara..manual bw..huhu..kempen sikit..

    ReplyDelete
  8. thanx..elakkan auto blogwalking ye..:D

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..