1 - Jawablah azan sepertimana yang terdapat pada sunnah s.a.w,
jangan bercakap atau menyibukkan diri dengan pekerjaan lain ketika azan.
2 - Berselawatlah ke atas nabi dan berdoa sesudah azan.
3 - Jangan keluar dari masjid selepas azan melainkan kerana
keuzuran yang darurat.
4 - Tekunilah kamu azan sekiranya kamu tidak solat di masjid.
5 - Tunaikanlah semua solat fardhu.
6 - Berdoalah meminta kepada Allah hajat kita di dunia dan
akhirat, waktu yang diperkenankan doa di antara azan dan iqamah.
7 - Bantulah manusia mendirikan masjid di tempat yang tiada masjid
dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk harta dan diri.
8 - Muliakanlah masjid, masuk dengan kaki kanan, peliharalah ia
dari kekotoran, peliharalah adab-adab, jangan bercakap perkara yang sia-sia,
jangan melompat, jangan ketawa dan jangan bertengkar serta keluarlah dengan
melangkah kaki kiri.
9 - Jangan meludah dalam masjid, dan jangan juga berludah ke arah
kiblat.
10 - Peliharalah solat di awal waktu dengan berjamaah di masjid,
terutama isyak dan subuh
11 - Janganlah melewatkan solat dari waktunya.
12 - Jangan bercakap hal-hal keduniaan di waktu selepas fajar
hingga terbit matahari.
13 - Duduklah di tempat solat selepas dua solat subuh dan asar.
14- Beriktikaflah di waktu kamu lapang, dan sibukkanlah dirimu
dengan ketaatan kepada Allah.
15 - Jangan makan makanan yang mempunyai bau yang busuk seperti
bawang putih dan bawang merah, dan jangan kamu menghisap rokok supaya kamu
tidak mengganggu orang yang berdamping denganmu.
16 - Perintahlah isteri, anak-anak dan jiran kamu supaya
memelihara solat, kerana sesungguhnya solat ialah rukun agama Islam yang paling
utama.
17 - Perintahlah isteri-isteri kamu solat di rumah mereka.
18 - Perintahlah anak-anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun,
pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika mereka berusia
sepuluh tahun. Dan janganlah kamu mengambil ringan, akan menyebabkan kamu
berdosa.
19 - Terangkan kepada keluarga kamu dan orang lain kelebihan
mendirikan solat dan akibat meninggalkan solat..
20 - Peliharalah solat-solat sunat dan rawatib, qobliah dan
ba’diah, samada muakkad (dituntut) atau ghoiru muakkad (tidak dituntut).
21 - Peliharalah sebahagian solat-solat sunat di rumah.
22 - Peliharalah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat
dan paling banyak lapan rakaat.
23 - Peliharalah solat sunat dua rakaat selepas maghrib.
24 - Bersedialah untuk bangun malam (qiamullail) dengan zuhud
terhadap dunia, tidak makan sehingga kenyang, dan tidur seketika di waktu siang
(qoilulah).
25 - Peliharalah zikir-zikir dan doa sebelum tidur dan doa sesudah
bangun dari tidur.
26 - Peliharalah Tahajjud dan bangunkanlah ahli keluargamu untuk
mendirikannnya.
27 - Tidurlah dalam keadaan bersuci, berzikir dan berniat untuk
bangn malam (qiamullail).
28 - Dirikanlah qiamullail dengn penuh khusyuk dan merendah diri
kepada Allah S.W.T.
29 - Perbanyakkan istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di
waktu-waktu sahur.
30 - Lakukan solat istikharah meminta petunjukNya dalam setiap
perkara penting dan berdoalah dengan doa-doanya.
31 - Peliharalah solat berjamaah.
32 - Peliharalah menyama dan merapatkan saf ketika solat
berjamaah.
33 - Bersegera mendapatkan saf pertama tanpa mengganggu seseorang.
34 - Bersiwak setiap kali mengambil wudhuk kerana ia adalah
sunnah.
35 - Peliharalah doa iftitah, berkata “amin” di belakang imam dan
membaca zikir-zikir sujud dan rukuk ketika solat.
36 - Peliharalah Tomakninah ketika rukuk,sujud,iktidal dan duduk
antara dua sujud.
37 - Awas daripada melintas dihadapan orang yang sedang solat.
38 - Letakkan penghadang dihadapan kamu jika solat di tempat
laluan orang dihadapanmu.
39 - Besegeralah pergi solat Jumaat dan janganlah melewatkan
hingga selepas azan.
40 - Tekunilah mandi pada hari Jumaat.
41 - Potonglah kuku kamu setiap seminggu dan jagalah kebersihan
kerana sesungguhnya islam menggalakkan kebersihan dan kecantikan.
42 - Berwangi-wangian untuk mendirikan Jumaat dan pakailah pakaian
yang terbaik.
43 - Awas daripada melangkahi orang, kerana yang demikian adalah
ditegah.
44 - Jangan bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibaca, kerana
yang demikian adalah ditegah dan menghalang daripada pahala Jumaat.
45 - Tekunilah membaca wirid harian dari Al-Quran.
46 - Perbanyakkan selawat dan salam ke atas nabi s.a.w pada malam
dan hari Jumaat.
47 - Sentiasalah banyak berzikir mengingati Allah secara terang
atau sembunyi (hati), dan jauhilah kelalaian, dan jauhilah dari kejahilan.
48 - Hadirilah majlis-majlis ilmu kerana ia adalah taman dari
taman-taman syurga.
49 - Elakkan menghadiri majlis yang jauh dari mengingati Allah dan
rasul.
50 - Apabila kamu bangkit dari majlis, maka bacalah tasbih
kafarah:(Maha suci Engkau, Wahai Tuhan kami dan segala kepujian kepadaMu, Aku
menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan kepadaMu dan
aku bertaubat kepadaMu).
51 - Peliharalah zikir-zikir selepas setiap solat.
52 - Berdoalah kepada Allah Taala dalam sujudMu, dan mengiringi Tasyahhud
dan dalam kegelapan penghujung malam.
53 - Ingatlah Allah ditempat-tempat biasa lalai dari mengingatiNya
seperti pasar dan selainnya.
54 - Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan melengahkan memohon
doa kepada Allah.
55 - Mohonlah Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan
akhirat.
56 - Mohonlah kepada Allah dengan hati yang hadhir dan khusyuk dan
jangan berdoa dengan hati yang lalai.
57 - Janganlah berdoa yang buruk ke atas diri sendiri, keluarga
dan pasangan kamu.
58 - Amalkan membaca makthurat, kerana itu adalah yang sebaiknya.
59 Jangan memohon daripada orang yang telah mati, atau
penghuni kubur selain dari Allah, kerana ia termasuk menyekutukan Allah.
60 - Mulakanlah doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas
nabi s.a.w dan tutuplah doa dengannya..
61 - Doakanlah saudaramu walaupun tanpa tahunya dan mintalah ia
mendoakanmu dan jangan mendoakan yang buruk ke atas orang Islam.
62 - Perbanyakkan istighfar di waktu malam, terutama ketika waktu
sahur.
63 - Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah
s.a.w pada setiap detik.
64 - Peliharalah janggut kamu dan jangan kamu mendengar percakapan
orang yang bodoh yang tidak memelihara janggut.
65 - Jangan mengganggu dan menyakiti saudara seagamamu.
66 - Hendaklah kamu mendamaikan antara sesama manusia.
67 - Sekiranya seseorang melakukan kesilapan kepadamu lalu ia
meminta maaf, maafkanlah ia, bahkan sebaiknya kamu memaafkannya sebelum ia
meminta maaf.
68 - Jangan menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk.
69 - Jangan memanggil dengan panggilan buruk tersebut, bahkan
panggillah dia dengan nama yang paling ia sukai..
70 - Jauhilah kamu dari bawa mulut (batu api) iaitu:menyebarkan
cerita antara manusia dalam bentuk melakukan kerusakan..
71 - Jauhilah mengumpat iaitu: engkau menyebut saudaramu dengan
perkara yang ia benci.
72 - Jangan menuduh sesorang.
73 - Jangan kamu mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya
diucapkan.
74 - Berbaik sangkalah dengan manusia.
75 - Berkatalah dengan perkataan atau perkara yang baik. Jika
tidak, berdiamlah kamu.
76 - Jadilah hati yang baik dan janganlah engkau hasad dan dengki.
77 - Jadilah manusia yang merendah diri (tawadhuk), janganlah kamu
takabur dan berbangga diri kepada orang lain.
78 - Janganlah kamu berasa ta’ajub atau megah dengan dirimu dan
pekerjaanmu.
79 - Janganlah kamu memuji diri sendiri dan jangan engkau mendakwa
memiliki sesuatu yang tidak ada padamu.
80 - Jangan kamu panggil orang yang fasik, pembohong dan kafir
dengan panggilan: “Tuanku”.
81 - Jadilah engkau seorang yang benar dan jangan kamu berdusta,
kerana sesungguhnya berdusta itu termasuk dari dosa-dosa besar.
82 - Janganlah kamu bermuka-muka.
83 - Jangan kamu bersumpah dengan selain Allah dan janganlah
banyak bersumpah sekalipun kamu benar.
84 - Janganlah kamu memandang hina selain kamu.Sesungguhnya tiada
kelebihan seseorang atas yang lain melainkan ketaqwaan. Dan perkara tersebut
dinilai dengan kesudahan ajalnya.
85 - Buanglah duri dari jalan.
86 - Janganlah kamu duduk di jalanan dan jangan berlama-lama di
kedai kopi dan jangan kamu masuk panggung wayang.
87 - Tunaikan janjimu dan jangan kamu mungkiri janji.
88 - Jangan kamu mendatangi , bomoh, ahli silap mata dan tukang
tilik dan janganlah kamu mempercayai mereka.
89 - Jangan kamu mengukir berhala atau patung-patung manusia dan
haiwan. Sesungguhnya seteruk-teruk golongan manusia yang mendapat azab di
akhirat kelak ialah pengukir.
90 - Jangan kamu simpan di dalam rumah kamu gambar yang mempunyai
nyawa kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapatnya.
91 - Jangan bermain dengan seruling dan alat-alat hiburan yang
menyerupainya.
92 - Jangan kamu menyanyi dengan syair-syair ahli fasikdan lucah
serta jangan mendengarnya.93 - Jangan kamu mendengar alat-alat muzik dan jangan
menyimpan alat-alat tersebut.
94 - Jadilah kamu orang yang zuhud di dunia dan mencintai akhirat.
95 - Bersegeralah bertaubat dari segala dosa, dan turutilah
kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.
96 - Istiqomah dalam melakukan amal soleh. Sesungguhnya amalan
yang paling disukai Allah ialah yang istiqomah dalam melakukannya sekalipun
sedikit.
97 - Redholah dengan apa yang dikurniakan Allah dan jangan
mengeluh.
98 - Elokkanlah makanan kamu kerana makanan yang baik menjadi
penyebab termakbulnya doa.
99 - Jadilah orang yang sabar ketika ditimpa musibah dan jadilah
orang yang bersyukur ketika mendapat nikmat dariNya.
100 - Janganlah kamu menyimpan loceng dan janganlah kamu
memelihara anjing melainkan untuk berburu atau mengawal.
Salam Hormat,
Hj Othman b Hamzah
salam. syukran utk tazkirah ini. peringatan yg sgt berguna bt dri & utk mrk2 yg sntiasa bfikir utk > maju khadapan sbg umatNya yg cemerlang dunia & akhirat.. insyaAllah, stp ssuatu mst dcuba tnpa mmikirkan sukar @ mudah utk mlaksanaknny.. jka ada kmahuan, mk dsitu ada jln. smg kt terus thabat & istikhomah. ameen :)
ReplyDeletewah..
ReplyDeletebgusnyer wat entry cm ni..
sesama ingat mengingati..
bler bcer yg num 88 tu..
tringat plak citer Khurafat..
bagus entry ni.peringatan bersama :)
ReplyDeleteterima kasih semua..yup..tuk peringatan bersama..moga kita dapat manfaatkan ilmu ini dan mejadi umat islam yang lebih baik..^^
ReplyDelete