Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”
Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”
Kemudian baginda berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”
Kemudian baginda membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud,
“Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.
Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”
Selepas itu baginda bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”
Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”
Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”
Kemudian baginda bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?
Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”
Baginda memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”
Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?
Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”
[Daripada Hadis Riwayat Tirmizi]
as salam. syukran mutiara utk topik yg menarik ni. betapa pentingny mjaga lidah. tanggungjwb maksimum utk tdak mencederakan saudara kte dgn tgn @ lidah bkn hny utk saudara semazhab, sealiran, sekumpulan, sepengajian @ ape2 saje kumpulan ttp adalah utk semua yg tgolong ddlm keluarga besar umat islam. fain rasa ade sambungan dr topik ni.. boleh x tlg postkan topik kepentingan menjaga lidah.. heheee. syukran mutiara. :)
ReplyDeletehaHa asal dtang je cni,mst fain dulu yg bg celoteh.nie mesti peminat setia blog pearlslife..hehek2x.Setuju gak tu ngan pandangan fain,,pe kater mutIarA post bab kepentigan jaga lidaH.pE2Pun gg beminat nak taw benda nie lebih dalam..Nie ada hadiah senyUman tuk Fain yg suka senYum :-). n yang nie pulak hadiah tuk sahbat fain Mutiara yg suker ngat mnjerit bila hepy. ^_^
ReplyDeletefain-w'slam..terima kasih juga sebab baca artikel ni.:)
ReplyDeletegg-ok.mutiara akan post ape y korang nak ye.hehehe..:D
tulisan yang baik untuk di simak,,nice post
ReplyDeleteAikk xdek pun lG..HurmM
ReplyDeletemaaf gg..bz cket..xsempat nk bt post selalu..nti free mutiara buat post tu yer..:)
ReplyDelete