Sunday, July 18, 2010

SiFaT-SiFat wAniTa aHli syuRgA..

Apakah ciri-ciratau sifat-sifat yang menjadi 
kunci bagwanita memasuki syurga? 


Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. 
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. 

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi) 
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. 

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar. 

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi) 

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!" 
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) 

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. 

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. 
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." 
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai) 

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Thursday, July 15, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?





Kisah benar ini berlaku di US. 



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang 
bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan  yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa 
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan 
berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong 
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak 
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca 
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar 
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu 
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib 
baik lelaki itu buat tidak endah dan 
perempuan ini selamat sampai ke 
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki 
yang tidak dikenali dekat lorong yang 
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih 
yang dia lihat semalam adalah perogol 
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek 
melalui kawad cam dan selepas siasatan 
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut 
walhal dia keseorangan di masa tu, 
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak 
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta 
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol 
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke 
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that 
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya 
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa 
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw 
two young man walking with you. One on your right side and the other one 
was by your left side. If you were alone 
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu 
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan 
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. 
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah 
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar 
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat 
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi 
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut 
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan 
memelihara kita. Wanita tadi 
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga 
batas-batas yang ditetapkan Islam. 
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga 
hambaNya yang sentiasa ingat akan 
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat 
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa 
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari 
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Saturday, July 10, 2010

BerTuDunG TaPi NAmPaK SanGGuL

dah lama saya cari maklumat pasal ni.mungkin ramai lagi yang tidak tahu bahawa perkara ini adalah ditegah.
saya nampak ramai yang pakai tudung macam ni.tapi tak tahu nak tegur macam mana sebab tiada bukti.
akhirnya terjumpa juga dekat facebook seorang kawan ni....

so..kepada sesiapa yang telah berbuat demikian silalah ubah cara pemakaian tudung anda ya.
jika ada yang nampak kawan pakai macam ni silalah kita saling nasihat menasihati sesama saudara islam.
bukan setakat sanggul sahaja.kalau boleh biarlah tutup dada.
jangan pakai tudung sekadar nak ikut fesyen.
jangan abaikan suruhan Allah.
jangan sampai satu hari nanti DIA pula akan mengabaikan kita.
parah tu..

saya hanya ingin berkongsi untuk peringatan kepada diri saya juga.
wallhualam...

Wednesday, July 7, 2010

KELUASAN API NERAKA....



(dipetik dari kitab TANBIHUL GAHAFILIN "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.


10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.


Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..


"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan."
harap anda menyebarkan bukti..bukti yang sahih sahaja agar apa yang disabarkan tidaklah sia..siaaaa...

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..