Monday, January 31, 2011

Seratus Nasihat Untuk Mendapat Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat (inshaALLAH)

1 - Jawablah azan sepertimana yang terdapat pada sunnah s.a.w, jangan bercakap atau menyibukkan diri dengan pekerjaan lain ketika azan.

2 - Berselawatlah ke atas nabi dan berdoa sesudah azan.

3 - Jangan keluar dari masjid selepas azan melainkan kerana keuzuran yang darurat.

4 - Tekunilah kamu azan sekiranya kamu tidak solat di masjid.

5 - Tunaikanlah semua solat fardhu.

6 - Berdoalah meminta kepada Allah hajat kita di dunia dan akhirat, waktu yang diperkenankan doa di antara azan dan iqamah.

7 - Bantulah manusia mendirikan masjid di tempat yang tiada masjid dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk harta dan diri.

8 - Muliakanlah masjid, masuk dengan kaki kanan, peliharalah ia dari kekotoran, peliharalah adab-adab, jangan bercakap perkara yang sia-sia, jangan melompat, jangan ketawa dan jangan bertengkar serta keluarlah dengan melangkah kaki kiri.

9 - Jangan meludah dalam masjid, dan jangan juga berludah ke arah kiblat.

10 - Peliharalah solat di awal waktu dengan berjamaah di masjid, terutama isyak dan subuh

11 - Janganlah melewatkan solat dari waktunya.

12 - Jangan bercakap hal-hal keduniaan di waktu selepas fajar hingga terbit matahari.

13 - Duduklah di tempat solat selepas dua solat subuh dan asar.

14- Beriktikaflah di waktu kamu lapang, dan sibukkanlah dirimu dengan ketaatan kepada Allah.

15 - Jangan makan makanan yang mempunyai bau yang busuk seperti bawang putih dan bawang merah, dan jangan kamu menghisap rokok supaya kamu tidak mengganggu orang yang berdamping denganmu.

16 - Perintahlah isteri, anak-anak dan jiran kamu supaya memelihara solat, kerana sesungguhnya solat ialah rukun agama Islam yang paling utama.

17 - Perintahlah isteri-isteri kamu solat di rumah mereka.

18 - Perintahlah anak-anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun, pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika mereka berusia sepuluh tahun. Dan janganlah kamu mengambil ringan, akan menyebabkan kamu berdosa.

19 - Terangkan kepada keluarga kamu dan orang lain kelebihan mendirikan solat dan akibat meninggalkan solat..

20 - Peliharalah solat-solat sunat dan rawatib, qobliah dan ba’diah, samada muakkad (dituntut) atau ghoiru muakkad (tidak dituntut).

21 - Peliharalah sebahagian solat-solat sunat di rumah.

22 - Peliharalah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak lapan rakaat.

23 - Peliharalah solat sunat dua rakaat selepas maghrib.

24 - Bersedialah untuk bangun malam (qiamullail) dengan zuhud terhadap dunia, tidak makan sehingga kenyang, dan tidur seketika di waktu siang (qoilulah).

25 - Peliharalah zikir-zikir dan doa sebelum tidur dan doa sesudah bangun dari tidur.

26 - Peliharalah Tahajjud dan bangunkanlah ahli keluargamu untuk mendirikannnya.

27 - Tidurlah dalam keadaan bersuci, berzikir dan berniat untuk bangn malam (qiamullail).

28 - Dirikanlah qiamullail dengn penuh khusyuk dan merendah diri kepada Allah S.W.T.

29 - Perbanyakkan istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di waktu-waktu sahur.

30 - Lakukan solat istikharah meminta petunjukNya dalam setiap perkara penting dan berdoalah dengan doa-doanya.

31 - Peliharalah solat berjamaah.

32 - Peliharalah menyama dan merapatkan saf ketika solat berjamaah.

33 - Bersegera mendapatkan saf pertama tanpa mengganggu seseorang.

34 - Bersiwak setiap kali mengambil wudhuk kerana ia adalah sunnah.

35 - Peliharalah doa iftitah, berkata “amin” di belakang imam dan membaca zikir-zikir sujud dan rukuk ketika solat.

36 - Peliharalah Tomakninah ketika rukuk,sujud,iktidal dan duduk antara dua sujud.

37 - Awas daripada melintas dihadapan orang yang sedang solat.

38 - Letakkan penghadang dihadapan kamu jika solat di tempat laluan orang dihadapanmu.

39 - Besegeralah pergi solat Jumaat dan janganlah melewatkan hingga selepas azan.

40 - Tekunilah mandi pada hari Jumaat.

41 - Potonglah kuku kamu setiap seminggu dan jagalah kebersihan kerana sesungguhnya islam menggalakkan kebersihan dan kecantikan.

42 - Berwangi-wangian untuk mendirikan Jumaat dan pakailah pakaian yang terbaik.

43 - Awas daripada melangkahi orang, kerana yang demikian adalah ditegah.

44 - Jangan bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibaca, kerana yang demikian adalah ditegah dan menghalang daripada pahala Jumaat.

45 - Tekunilah membaca wirid harian dari Al-Quran.

46 - Perbanyakkan selawat dan salam ke atas nabi s.a.w pada malam dan hari Jumaat.

47 - Sentiasalah banyak berzikir mengingati Allah secara terang atau sembunyi (hati), dan jauhilah kelalaian, dan jauhilah dari kejahilan.

48 - Hadirilah majlis-majlis ilmu kerana ia adalah taman dari taman-taman syurga.

49 - Elakkan menghadiri majlis yang jauh dari mengingati Allah dan rasul.

50 - Apabila kamu bangkit dari majlis, maka bacalah tasbih kafarah:(Maha suci Engkau, Wahai Tuhan kami dan segala kepujian kepadaMu, Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu).

51 - Peliharalah zikir-zikir selepas setiap solat.

52 - Berdoalah kepada Allah Taala dalam sujudMu, dan mengiringi Tasyahhud dan dalam kegelapan penghujung malam.

53 - Ingatlah Allah ditempat-tempat biasa lalai dari mengingatiNya seperti pasar dan selainnya.

54 - Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan melengahkan memohon doa kepada Allah.

55 - Mohonlah Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

56 - Mohonlah kepada Allah dengan hati yang hadhir dan khusyuk dan jangan berdoa dengan hati yang lalai.

57 - Janganlah berdoa yang buruk ke atas diri sendiri, keluarga dan pasangan kamu.

58 - Amalkan membaca makthurat, kerana itu adalah yang sebaiknya.

59  Jangan memohon daripada orang yang telah mati, atau penghuni kubur selain dari Allah, kerana ia termasuk menyekutukan Allah.

60 - Mulakanlah doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi s.a.w dan tutuplah doa dengannya..

61 - Doakanlah saudaramu walaupun tanpa tahunya dan mintalah ia mendoakanmu dan jangan mendoakan yang buruk ke atas orang Islam.

62 - Perbanyakkan istighfar di waktu malam, terutama ketika waktu sahur.

63 - Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w pada setiap detik.

64 - Peliharalah janggut kamu dan jangan kamu mendengar percakapan orang yang bodoh yang tidak memelihara janggut.

65 - Jangan mengganggu dan menyakiti saudara seagamamu.

66 - Hendaklah kamu mendamaikan antara sesama manusia.

67 - Sekiranya seseorang melakukan kesilapan kepadamu lalu ia meminta maaf, maafkanlah ia, bahkan sebaiknya kamu memaafkannya sebelum ia meminta maaf.

68 - Jangan menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk.

69 - Jangan memanggil dengan panggilan buruk tersebut, bahkan panggillah dia dengan nama yang paling ia sukai..

70 - Jauhilah kamu dari bawa mulut (batu api) iaitu:menyebarkan cerita antara manusia dalam bentuk melakukan kerusakan..

71 - Jauhilah mengumpat iaitu: engkau menyebut saudaramu dengan perkara yang ia benci.

72 - Jangan menuduh sesorang.

73 - Jangan kamu mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.

74 - Berbaik sangkalah dengan manusia.

75 - Berkatalah dengan perkataan atau perkara yang baik. Jika tidak, berdiamlah kamu.

76 - Jadilah hati yang baik dan janganlah engkau hasad dan dengki.

77 - Jadilah manusia yang merendah diri (tawadhuk), janganlah kamu takabur dan berbangga diri kepada orang lain.

78 - Janganlah kamu berasa ta’ajub atau megah dengan dirimu dan pekerjaanmu.

79 - Janganlah kamu memuji diri sendiri dan jangan engkau mendakwa memiliki sesuatu yang tidak ada padamu.

80 - Jangan kamu panggil orang yang fasik, pembohong dan kafir dengan panggilan: “Tuanku”.

81 - Jadilah engkau seorang yang benar dan jangan kamu berdusta, kerana sesungguhnya berdusta itu termasuk dari dosa-dosa besar.

82 - Janganlah kamu bermuka-muka.

83 - Jangan kamu bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah sekalipun kamu benar.

84 - Janganlah kamu memandang hina selain kamu.Sesungguhnya tiada kelebihan seseorang atas yang lain melainkan ketaqwaan. Dan perkara tersebut dinilai dengan kesudahan ajalnya.

85 - Buanglah duri dari jalan.

86 - Janganlah kamu duduk di jalanan dan jangan berlama-lama di kedai kopi dan jangan kamu masuk panggung wayang.

87 - Tunaikan janjimu dan jangan kamu mungkiri janji.

88 - Jangan kamu mendatangi , bomoh, ahli silap mata dan tukang tilik dan janganlah kamu mempercayai mereka.

89 - Jangan kamu mengukir berhala atau patung-patung manusia dan haiwan. Sesungguhnya seteruk-teruk golongan manusia yang mendapat azab di akhirat kelak ialah pengukir.

90 - Jangan kamu simpan di dalam rumah kamu gambar yang mempunyai nyawa kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapatnya.

91 - Jangan bermain dengan seruling dan alat-alat hiburan yang menyerupainya.

92 - Jangan kamu menyanyi dengan syair-syair ahli fasikdan lucah serta jangan mendengarnya.93 - Jangan kamu mendengar alat-alat muzik dan jangan menyimpan alat-alat tersebut.

94 - Jadilah kamu orang yang zuhud di dunia dan mencintai akhirat.

95 - Bersegeralah bertaubat dari segala dosa, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.

96 - Istiqomah dalam melakukan amal soleh. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang istiqomah dalam melakukannya sekalipun sedikit.

97 - Redholah dengan apa yang dikurniakan Allah dan jangan mengeluh.

98 - Elokkanlah makanan kamu kerana makanan yang baik menjadi penyebab termakbulnya doa.

99 - Jadilah orang yang sabar ketika ditimpa musibah dan jadilah orang yang bersyukur ketika mendapat nikmat dariNya.

100 - Janganlah kamu menyimpan loceng dan janganlah kamu memelihara anjing melainkan untuk berburu atau mengawal.

Salam Hormat,
Hj Othman b Hamzah

Wednesday, January 26, 2011

Couple islamic?

         Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. 


          Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalamcouple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.


         Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kamicouple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. 


        "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.


        Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...






Saturday, January 22, 2011

KhUSyuK SoLAT

Assalamualaikum.w.b.t..

hari ni nak kongsi tips macam mana nak khusyuk ketika solat..kebanyakannya dah tau kan cmne nk khusyuk solat..sengaja saya nak mengingatkan lagi..memang fitrah manusia selalu lupa dan alpa dengan perkara yang remeh temeh ni..ade antara kita yang solat ala kadar je.asal solat sudah..x tau pun apa maksud ayat2 dan surah yang kita baca.solat pun sekejap je.mcm lipas kudung.saya sendiri pun sedang cuba untuk mencari kekhusyukan dalam solat.Alhamdulillah..bila kita tahu maksud2 ayat dan surah yang kita baca dalam solat..xdela kepala duk melilau fikir hal dunia.bila mulut membaca dan akal mentafsirkan maksudnya.kita akan terperangkap dalam kekhusyukan solat tanpa sempat memikirkan hal lain.jom kita hafal maksud2 ayat dan surah dalam solat..

                   


MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT

-Allah Maha Besar

Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku,matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


AL-Fatihah

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
الْØ­َÙ…ْدُ للّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
الرَّØ­ْمـنِ الرَّØ­ِيمِ
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ وإِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
اهدِÙ†َــــا الصِّرَاطَ المُستَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َنعَمتَ عَÙ„َيهِÙ…ْ غَيرِ المَغضُوبِ عَÙ„َيهِÙ…ْ Ùˆَلاَ الضَّالِّينَ

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari ruku' dan iktidal
Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku,

rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.




Doa Qunut




Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak 
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang
telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya

dan sahabat-sahabatnya.
“wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu …


namun tak pula aku sanggup

keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belaskasihan darimu .”ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia”



Bacaan ketika Tahiyat Awal



Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta

keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan 
aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir



Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah..
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



 Salam
Salam sejahtera ke atas kamu.



Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..