Monday, January 10, 2011

ISLAM MEnggaLAk UmaT KahwiN PaDa USiA MUdA


Zaman muda bagi seseorang bagaikan bunga-bungaan yang sedang berkembang mekar pada musim bunga.Islam sangat mengambil berat dan memberi tumpuan terhadap zaman iniIni kerana ia mempunyai berbagai-bagai kelebihan positif,antaranya ialah sihat tubuh badan,bertenaga,berfikiran cergas dan lain-lain lagi.Bahkan usia ini menjadi rebutan bagi orang-orang yang ingin merosakkan para pemuda terlebih dahulu.

Kertas kerja ini cuba menyorot bagaimana Islam menangani dan menguruskan aset-aset positif yang ada pada diri para pemuda?Sejauh manakah Islam memberi penekanan terhadap konsep berkahwin pada usai muda?Apakah hikmahnya?Adakah masyarakat Barat mula bersetuju dengan anjuran Islam yang menggalak umatnya supaya berkahwin awal?

1.PENDAHULUAN


Usia muda adalah satu nikmat yang amat bernilai bagi manusia.Nikmat ini hanya dikurniakan pada masa tertentu sahaja bagi setiap orang.Ia juga tidak dapat dikembalikan lagi apabila sudah luput waktunya.Justeru,sungguh beruntung bagi mereka yang dapat mengambil kesempatan pada usia mudanya untuk mendapat faedah sama ada pada dirinya sendiri,masyarakatnya,dan kepada agamanya.

Rasulullah SAW telah bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:"Rebutlah lima kesempatan sebelum datangnya lima perkara;usia mudamu sebelum tuamu,sihatmu sebelum sakitmu,kayamu sebelum papamu,waktu lapangmu sebelum sibukmu dan hidupmu sebelum matimu."

Daripada hadis ini jelas bahawa Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya mengambil kesempatan sebelum terluput masanya.Agar tidak berlaku kekesalan di hari yang tidak berguna lagi penyesalan.Rasulullah SAW memberi wasiat supaya kita mengambil kesempatan pada zaman muda untuk sesuatu yang berfaedah.Kerana zaman muda sangat pendek serta cepat berlepas pergi.Ia ibarat bunga-bungaan pada musim rabi'(musim bunga)cantik dan berseri.Jika ia 'kecut' dan layu,tamatlah masanya.Firman Allah SWT dalam Surah Nuh ayat 17-18 yang bermaksud:Dan Allah SWT menumbuhkan kamu daripada tanah dengan sebaik-baiknya.Kemudian Da mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat)dengan sebenar-benarnya.

Dengan ini,manusia tidak ubah seperti tumbuh-tumbuha.Pada zaman mudanya seumpama berada pada musim bunga(rabi') yang tempoh masanya hanya sekejap sahaja.

2.ISLAM MENDORONG UMAT SUPAYA BERKAHWIN AWAL

Sesunguhnya Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin awal dan berkahwin dengan yang muda.Bahkan disunatkan berkahwin dengan anak dara.Ini dapat dilihat daripada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa,Urwah menceritakan bahawa baginda telah meminang Aisyah r.a daripada Abu Bakar.Abu Bakar berkata kepada baginda:Sesungguhnya aku adalah saudaramu.Lalu Rasulullah SAW berkata kepada Abu Bakar:Kamu adalah saudaraku di sisi agama Allah SWT dan kitab-Nya.Sesungguhnya Aisyah halal bagi saya.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim juga daripada Jabir bin Abdullah r.a beliau berkata:Bahawa aku telah berkahwin dengan seorang wanita pada zaman Rasulullah SAW.Kemudian dari itu aku telah bertemu dengan Rasulullah SAW lalu bagida SAW bertanya:Wahai Jabir!Adakah kamu sudah berkahwin?Aku menjawab:Ya,saya sudah berkahwin.Rasulullah SAW bertanya lagi:Adakah dara atau janda?Aku menjawab:Janda.Lalu baginda berkata kepadaku:Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara yang boleh bergurau senda dengannya.

Daripada kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW menggalak seseorang itu supaya segera berkahwin jika berkemampuan(zahir dan batin).Bahkan sunat berkahwn dengan anak muda yang masih dara dan terpelihara.


3.APAKAH HIKMAT ISLAM MENYURUH BERKAHWIN MUDA SERTA BERDARA?

1.Kerana usia muda adalah suatu nikmat Allah SWT yang ada pada diri manusia buat seketika sahaja.Ia merupakan musim bunga yang menjadi idaman setiap orang.Musim bunga adalah sebaik-baik musim dalam setahun,yang mana sering mengingatkan kita tentang nikmat-nikmat syurga serta keseronokan hidup ketika menghirup udar segarnya.Tetapi malang,tempohnya begitu singkat sekali serta tidak akan dikembalikan lagi bila luput masanya.

2.Zaman muda adalah zaman bertenaga penuh dengan kekuatan,kelakian dan kejaguhan.Ia adalah masa teristimewa dan sebaik-baik ketika untuk melakukan sesuatu yang positif dan amal yang soleh kepada Allah SWT.Berkahwin pada ketika inilah,masa yang amat sesuai bagi menikmati usia muda yang tidak lama lagi akan lenyap.

Sungguh ruginya mereka yang menghabiskan masa mudanya tanpa menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk dirinya,umatnya dan agamanya,terutamanya bagi membanyakkan umat Nabi Muhammad SAW.

3.Berkahwin pada masa muda benar-benar menepati selera dan menjamu keinginan hubungan kelamin yang sedang membara.Bayangkan betapa lazatnya makan nasi sewaktu kita dalam kelaparan.

4.Setelah umur melewati 30 tahun,berkahwin ketika itu tidak dapat memberi kemuncak nikmat hubungan kelamin lagi.Kerana ia sudah dingin dan kemahuan juga sudah berkurangan.Seumpama orang yang sedang lapar nasi lalu dia makan roti,maka makan nasi tidak lagi merasa betul-betul puas kerana laparnya sudah dialas dengan kenyang makan roti.Logiknya apa saja makanan akan menjadi begitu lazat dan penuh nikmat apabila ia membetuli masa kita sedang lapar kepadanya atau amat memerlukan kepadanya.Sungguh rugi mereka yang tidak berkahwin pada usia muda,sedangkan segala keperluannya sudah cukup.Renungkanlah!!!!


5.Berkahwin dapat menghindarkan para pemuda daripada terjerumus ke lembah maksiat yang dimurkai Allah SWT.Ia berupaya merendahkan penglihatan serta menjaga kemaluan.Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ima, al-Bukhari yang bermaksud:Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a berkata:Rasulullah SAW bersabda kepada kami:Wahai kaum pemuda!Sesiapa yang mampu berkahwin antara kamu,hendaklah dia kahwin.Kerana kahwin itu lebih membantu untuk menjaga mata dan memelihara kemaluan.Namun sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu boleh meredakan runtutan nafsu syahwat.Walau bagaimanapun Profesor Dr.Wahbah Zuhaili ada menegaskan:"Pembinaan ketenangan jiwa yang sempurna hingga mencapai kesegaran jasmani dan rohani sama ada bagi lelaki atau wanita adalah dengan cara berkahwin.Kerana ia dapat menyempurnakan keinginan semula jadi dan kecenderungan asal manusia untuk mencapai tuntutan jiwa,rohani,perasaan dan keperluan jasad.Seterusnya ia akan membawa kepada kesederhanaan dan kestabilan tanpa mencegah kita untuk melayan kepuasan seksual disamping tidak terlalu bebas untuk mengikut kemahuan hawa nafsu hingga menyebabkan kepada kejatuhan moral dan akhlak mulia serta pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan."Dr.Muhammad Syamat juga ada berkata:"Allah SWT telah mengurniakan kebahagiaan kepada manusia sama ada pada tubuh badannya atau rohaninya dengan tidak mengazab tubuh badan demi mendapat kebahagiaan akhirat.

6.Hikmat galakan berkahwin awal anjuran Islam mula terbukti di barat.

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Islam tidak menyuruh dan melarang sesuatu kecuali mempunyai hikmat disebaliknya.Mengenai Islam menyuruh menyegerakan perkahwinan bagi lelaki yang berkemampuan serta melarang ibubapa daripada menghalangkan anak perempuan mereka daripada berkahwin apabila ada lelaki yang setaraf atau sekufu melamarnya.Ini sudah tentu antara cara Islam memberi motivasi kepada umatnya supaya segera mendirikan rumah tangga lebih awal.

Memang hal ini telah disedari oleh masyarakat Barat.Ini telah terbukti apabila mereka menggalakkan wanita mereka hamil awal.Iaitu mereka menggalakkan wanita mereka melupakan kerjayamereka buat seketika waktu pada lewat usia 20-an untuk melahirkan anak bagi menggelakkan timbulnya trauma tidak mampu memiliki anak pada usia pertengahan hingga akhir 30-an.Kenyataan ini berdasarkan teori mereka yang mengatakan "Bahawa terlalu mementingkan kerjaya membuatkan terlalu lewat bagi wanita menimang anak."

Walau bagaimanapun menurut tinjauan yang dijalankan di Barat oleh ahli pakar mereka,didapati bahawa lebih satu per tiga wanita pada purata usia 29 tahun enggan hamil untuk menyimpan wang demi membeli rumah.Manakala satu per lima mahu mengukuhkan kerjaya terlebih dahulu.

Editor majalah Pregnancy@Birth,Susan Harth,yang merupakan penyelia tinjauan ke atas 2000 orang wanita menegaskan:"Peluang kerja boleh diperolehi semula tetapi wanita tidak sepatutnya mensia-siakan peluang kesuburan mereka."

Menjelang usia 35 tahun,tahap kesuburan hanya separuh berbanding ketika mereka berusia 40 tahun,tahap kesuburan adalah separuh daripada ketika berusia 35 tahun.

Kami tidak berkata wanita perlu memiliki anak sebaik mereka mendapat kerja tetapi perlu memikirkan secara serius untuk mencari pasangan hidup dan melahirkan anak pada usia lewat 20-an."

Melalui kenyataan ini,ia jelas dan sejajar dengan Islam yang memotivasi umatnya supaya berkahwin awal serta sunat berkahwin dengan yang muda serta dara.Ini kerana kesuburan untuk melahirkan bayi serta jauh daripada risikonya bagi wanita.Manakala bagi lelaki pula mereka dapat mengorbankan serta bertanggungjawab terhadap keluarga mereka dengan baik,kerana dia masih muda.


KESIMPULAN

1.Umat Islam sentiasa berada dalam keadaan baik serta selamat sejahtera jika mereka mengikut al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan harian mereka.

2.Usia muda merupakan nikmat Allah SWT yang amat bernilai.Ia umpama musim bunga yang menjadi idaman setiap manusia kerana masanya yang begitu singkat tetapi penuh dengan keindahan.

3.Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin dengan wanita yang masih muda dan terpelihara.

4.Sungguh rugi mereka yang tidak berkahwin awal seperti yang digalakkan oleh Islam sedangkan dia cukup berkemampuan.Umurnya semakin hari semakin meningkat.Usia mudanya akan kehabisan tempoh,yang tidak mungkin dapat dikembalikan lagi,Wassalam:-)

6 comments:

  1. jom kawin awl...nt bila dah tua, ank2 dah bsr...pk2kn n selamat b'amal... :)

    ReplyDelete
  2. heheh..btol2..ngah cri calon lg ni..hihihi..:D

    ReplyDelete
  3. betul tu cik mutiara. sokong n3 nie... cik mutiara bile lagik???

    ReplyDelete
  4. hehe..sy xde calon lgla..nti dh de calon..bile2 pon bole..hihihi

    ReplyDelete
  5. salam. bkn mudah nk bkahwin.. insyaAllah bila cukup segala ilmu tntg perkahwinan, pst akn dpercepatkn.. jodoh dtgn allah. dr smstny plu busaha mcari, tatkala DIA mjd penentuNya.. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..