Wednesday, December 17, 2014

syukur

kadang2 kita sibuk mencari apa yang kita nak tanpa pedulikan apa yang dah ada depan mata.
padahal yang depan mata tu adalah yang paling berharga yang Allah sediakan untuk kita.
hargainya sebelum ia hilang dari pandangan..

syukuri apa yang ada..
hidup adalah anugerah..

Tuesday, November 4, 2014

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Hari Arafah

hadis sahih riwayat imam muslim berkenaan hari arafah : ada beberapa perkara yang akan
berlaku pada hari arafah.kalau berpuasa Allah akan ampunkan dosa setahun.<-- hadis muslim daripada Abu
Qatadah.

dari Aisyah berkata: nabi S.A.W berkata;tidak ada satu hari pun yang didalamnya Allah membebaskan ahli neraka dan Allah bebaskan itu cukup banyak melainkan pada hari Arafah. hadis riwayat muslim.

hadis hasan dari jabir, diriwayatkn oleh ibnu hibban, al-bani mengatakan bahawa hadis ni hadis hasan :

nabi berkata : tiada hari yang berlalu disisi Allah yang lebih utama daripada 10 zulhijjah.sahabat bertanya pada rasulullah : adakah ya rasulullah hari ini lebih utama ataupun lebih bnyk org berjihad djalan Allah?nabi berkata : arafah lebih afdhol daripada hari yAng bnyk org berjihad di jalan Allah. hari arafah Allah turun ke langit dunia.dalam fiqah waktu zohor 9 zulhijah sampai fajar 10 zulhijjah keesokannya.Allah berbangga dengan penduduk bumi pada penduduk langit. Allah banggakan pada malaikat. tgkla hamba2ku di arafah.mereka dtg dlm keadaan kusut masai, berdebu kerana haji. mereka dtg dari semua penjuru muka bumi. mereka semua mengharapkan rahmatku. mereka tidak pernah melihat azabku. apa y mereka mahu, berikan pada mereka. - hadis imam muslim.

dalam setahun hari arafah adalah hari paling dimakbulkan doa.

sumber : ustaz halim hassan (pengkaji hadis)

Monday, October 13, 2014

JIKA

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Wallahualam.

Wednesday, August 13, 2014

Ku rebah di dada malam

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Sunday, June 22, 2014

KENAPA DOA TAK MAKBUL??

"Ustazah, saya dah berdoa hari-hari jadi jutawan, tapi jadi ribuan pun susah, kenapa, doa saya tak makbul ke?" Tanya Leha.

"Puan ada anak tak?" Tanya ustazah semula.

"Ada ustazah," jawab Leha perlahan.

"Kalau anak Puan baru 6 tahun dah minta belikan iPad, agak-agak Puan beli atau tidak?"

"Mengada-ngada! Sekolah pun belum dah berani minta iPad. Kot dah habis SPM nak masuk universiti nanti barulah saya belikan, itupun mungkin komputer bukanlah iPad," ujar Leha tegas.

"Kalau Puan pun bijak menimbangkan permintaan anak Puan baik buruknya, maka Allah swt sudah pasti Maha Mengetahui keperluan paling baik untuk setiap seorang hambaNya," terang ustazah sambil tepat memandang muka Leha.

Leha terdiam.

"Apabila kita berdoa, maka Allah swt beri apa yang lebih baik untuk kita. Barangkali yang sesuai dengan usaha kerja kita. Keperluan kita waktu itu. Atau Allah nak tengok lagi ibadah kita, nak uji lagi. Bukan maksud Allah tak sayang bila kita 'rasa' doa tak diperkenankan, usah buruk sangka pada Allah," tambah ustazah lagi.

=====

"Tuan puan, hari-hari kita berdoa murahkan rezeki. Seorang mekanik, kalau berdoa minta bisnes bengkelnya maju, apa maksudnya? Seorang doktor, kalau berdoa minta bisnes kliniknya maju, apa maksudnya?" Saya mencampakkan persoalan 'rezeki' berkaitan keluar masuk duit kepada satu jemaah solat dalam sesi tazkirah ringkas.

"Sedangkan kita pun berdoa cukup duit, murah rezeki. Tapi esok, anak demam. Duit. Lusa, kereta breakdown, duit lagi," saya menambah lagi persoalan.

=====

Ya, Allah swt tak turunkan duit, gedebuk satu uncang emas, dari langit lepas berdoa. Allah swt beri rezeki dengan cara tersendiri. Selaku orang beriman, kita wajib berusaha bersungguh-sungguh. Baiki cara kita dari masa ke masa. Sentiasa 'kosongkan cawan' bila tambah ilmu baru. Barangkali cara kita selama ini tidak tepat atau belum cukup atau Allah swt tahu kita belum bersedia nak pegang duit 'sebanyak' yang kita doakan.

Mana mungkin lebih 5 tahun ambil ijazah kedoktoran, akhirnya bergelar seorang akauntan, bukan?

Monday, May 19, 2014

LILIN

terkadang aku mahu jadi lilin yang menyinari walau perit melingkari..
tapi aku manusia biasa..
kadang teguh membahagiakan..
kadang rapuh melayan hati sendiri..
ternyata aku masih terlalu jauh untuk menjadi sang lilin yang membakar diri demi menyinari yang lain..

moga masih terus diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuasa..
GOOD LUCK BUAT AKU..

tiada lg kata ngomelan..
mudah mudahan..
terima saja semuanya..

Friday, May 16, 2014

Minum Sehat Ala Rasulullah

dari Tsumamah bin Abdullah. "dahulu Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu pernah bernafas di dalam bejana [gelas] dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam pernah melakukan itu" (Riwayat Bukhari). dari Abu Qatadah dan bapaknya, Rasulullah bersabda "apabilasalah seorang diantara kalian minum, maka janganlah ia bernafas di bejana [gelas], dan jika salah seorang dari kalian kencing maka janganlah ia memegang dzakar [kemaluannya] dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya" (Riwayat Bukhari no. 5630)
para pakar kontemporer juga telah berusaha meneliti hikmah atas larangan tersebut. mereka mengatakan, "ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam dalam menyempurnakan akhlak. dan apabila makan atau minum kemudian terpecik ludah keluar dari mulut kita, maka hal itu merupakan kekurangnya sopan santun kita, dan sebab munculnya sikap meremehkan atau penghinaan. dan Rasulullah adalah penghulunya seluruh orang-orang yang santun dan pemimpinnya seluruh para pendidik"
bernafas adalah aktivitas menghirup dan mengeluarkan udara. dalam proses ini udara yang bersih lagi penuh dengan oksigen dimasukkan ke dalam paru-paru sehingga tubuh bisa beraktivitas sebagaimana mestinya, dan menghembuskan nafas sehingga udara yang penuh dengan gas karbon dan sedikit oksigen, serta sebagian sisa-sisa tubuh yang beterbangan di dalam tubuh dapat keluar melalui kedua paru-paru dalam bentuk gas. gas-gas yang dihembuskan mengandung sejumlah penyakit. oleh karena itu, salah satu hikmah yang agung dari larangan Rasulullah bernafas ketika minum adalah untuk menghindari tersebarnya berbagai penyakit. selain itu, sebagaimana sudah kita ketahui, seseorang yang minum satu gelas dalam satu kali minuman akan memaksa dirinya untuk menutup / menahan nafas hingga selesai minum. hal ini akan menyebabkan jalur yang dilalui air dan makanan serta jalan yang dilalui udara akan saling bertabrakan. hal ini akan berpengaruh buruk pada kedua dinding paru-paru.
apabila seseorang membiasakan diri minum dengan menghabiskan air dalam satu kali tenggakan, paru-paru akan menyempit dan nafasnya akan berat. dampaknya kedua paru-parunya akan menekan jantung sehingga mengalami gagal jantung, kemudian membalik ke hati maka hati akan membengkak, kemudian sekujur tubur akan menggembur. oleh karena itu, sungguh sangat mulia ajaran dari Rasulullah agar kita meminum air seteguk demi seteguk [antara dua tegukkan dijeda dengan nafas], dan meminum air satu gelas dengan tiga kali tegukkan. sebab hal ini lebih memuaskan rasa dahaga dan lebih menyehatkan tubuh.

sumber: FB Hukum Islam

Monday, May 12, 2014

Punca Keras Hati

3 perkara yang menyebabkan keras hati

1. suka tidur
2. suka bermewah2
3. suka makan2

sumber : ustaz kazim elias

Hukum Menyanyi

asalnya adalah harus
dari harus tukar makruh
dari makruh tukar haram

5 perkara yang menjadikan nyanyian tu haram

1. lirik : kalau bersalahan dengan hukum syarak haram la nyanyian tersebut
2. diiringi muzik yang menaikkkan syahwat
3. melibatkan pembaziran : cth: bayar upah penyanyi
4. cara menyanyi : pakaian seksi, lompat2, back up singer bercampur lelaki perempuan
5. bercampur lelaki dan perempuan

sumber : Ustaz kazim elias, Ustaz Yusof Qardhawi

Thursday, May 8, 2014

DAHI HITAM TIDAK SEMESTINYA ALIM

ada orang kata dahi hitam ni selalunya orang kuat sembahyang.kuat sujud la katanyaaa.tapi tak jugak.ada jenis orang dia sujud banyak pun x hitam2 jugak dahinya.ada tu sebab memang dah mcm tu keturunannya atau warna kulitnya.ada jugak yang betul sebab kulit dia mmg jenis mudah gelap bila banyak kali sujud.

kesimpulan : tak semestinya semua orang yang dahi bertanda hitam tu kuat sembahyang &
                    tak semestinya orang yang bersih je dahinya tu tak kuat sembahyang.

cth: ada pak2 haji kat mekah tu siang malam keja dia beribadat je tapi tak pulak hitam dahinya..

sumber : ustaz azhar idrus

There are six keys to a GREAT relationship:

1-Friendship: Try to be your spouse best friend. No matter what happens, be a friend first, and a lover later.

2-Trust: The key element to any relationship is trust, so before starting this beautiful journey with your spouse, learn to trust in all circumstances.

3-Understanding: Try to figure out each other and work out on our differences. There are going to be many differences, but it’s mutual compromise and sacrifice which makes this relationship beautiful.

4-Communication: Try to talk and convey your message to your spouse. Let your spouse know about how good/ bad your day was along with remind them how you feel for them.

5-Honesty: Always speak the truth, never lie or hide things in fear that your spouse won’t understand. Give your spouse a chance to understand you.

6-Freedom: Give your spouse space and freedom to decide for themselves. Don’t take away the personal time of your spouse.

When you have practised all of the above, then trust Allah and you will see how beautiful life gets.

sumber : FB HAPPY MUSLIM FAMILY

Rukun Solat 13 Perkara

1. Berdiri (bagi yang mampu) [Fi'li]
2. Niat [Qalbi]
3. Takbiratul ihram (Allahuakbar yang pertama) [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah [Qauli]
5. Ruku' dengan tama'ninah [Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah [Fi'li]
9. Duduk tasyahud akhir [Fi'li]
10. Membaca bacaan tasyahud akhir [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammadad SAW dalam tasyahhud akhir [Qauli]
12. Mengucap salam pertama [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]

*tama'ninah : berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)

Wednesday, May 7, 2014

Muhasabah : Pertunjuk hati Kotor

Antara petunjuk hati kotor dan sedang jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah atau yang membawa kepada Allah & hari akhirat, orang itu akan merasa jemu, mengantuk atau tak peduli.
Namun apabila mendengar bahan2 lalai dan hiburan mereka mendengar dengan PENUH SEMANGAT dan apabila dibuai lagu dan nyanyian, tubuh mereka seolah berdansa lalu bergerak-gerak mengikut rentak dan menghafal liriknya dengan semangat. Na'uzubillah min zalik.

Fakta di atas adalah dipetik dari firman Allah dari surah Az-Zumar ayat 45.
Mari bermuhasabah dan rahmat Allah swt masih terbuka bagi yang bertaubat..sebelum ruh berada di kerongkong.

sumber : FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Hukum Meminang

meminang : melihat perempuan yang akan dinikahinya agar perkahwinannya boleh kekal dan tidak menyesal di akhir kemudian

hukum meminang adalah SUNAT berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW : Apabila seorang di antara kamu meminang seorang perempuan,sekiranya dia dapat melihat perempuan itu hendaklah dilihatnya sehingga bertambah keinginannya kepada perkahwinan - hadis riwayat abu daud & ahmad

meminang dalam islam di gelar AL-KHITBAH - nyatakan hasrat kepada pihak perempuan untuk dijadikan isteri @ yang semaksud dengannya.

sumber : Ustaz Azhar Idrus

Jika Kamu Bersedih

Jika kamu bersedih, inginkan nasihat dari Allah, bukalah lembaran Al-Quran kerana ayat2 itu pasti memujuk hatimu..

Jika kamu bersedih, inginkan ketenangan hati, bangunlah di malam sepi bertahajjud buat melunaskan remuk redam hati.

Jika ada gusar dalam hatimu akan sesuatu, mohonlah petunjuk dlm solat istikharahmu agar jalan itu yg sebenar2nya yg telah Allah letakkan terbaik utkmu.

Mungkin setiap langkah yg dirasa benar, kdg kala diketahui salah bila dipertengahan. Mungkin terlalu lama, baru tersedar salah silap yg telah dilakukan.

Ketahuilah Rasulullah SAW memujuk org yg berbuat silap, bahawa tiada sebesar2 perkata melainkan keampunan dari Allah untuknya.

Ketahuilah tidak dilakukan dgn sia2 dan tidak semena2 setiap laku kerana disebaliknya telah dibincang dan diteliti..

Friday, April 18, 2014

Hati

wahai hati..
usah gundah..
dunia x kemana..
carilah kebahagiaanmu yang hakiki..
moga bahagia milik kau di sana nnti..

Sunday, March 16, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH SWT..

Assalamualaikum..w.b.t..

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILA HAILLALLAH, ALLAHUAKBAR!

sesungguhnya Allah yang mengusai setiap sesuatu..
begitu juga hati kita..
jadi jgn jemu untuk berdoa padaNYa..
teruskan berdoa sampai kau tak boleh berdoa lagi..
maksud aku sampai kau mati..

sesungguhnya DIAlah yang menguasai segala isi hati..
jadi apa yang kau mau..
doakan saja pada DIA..
cuma perlulah disertai dengan usaha dan seterusnya tawakal..
seperti yang kita tahu..
tidak semua yang kita mahu kita boleh dapatkan..
Allah jua lah yang menentukan segalanya..

seperti kata pujangga..(dah lupa sapa yang reka ayat ni)
KALAU TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA,SUKA APA YANG KITA DAPAT!

inshaaAllah dengan cara tu kita akan menjadi manusia yang lebih BERSYUKUR..

Saturday, March 15, 2014

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

Hari ni dah baca Al-Quran? Kalau belom...jom baca surah Al-Ikhlas 3x...dah pon khatam Al-Quran tak smpi 5 minit kannn??

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?”

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Qul huwallahu ahad
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. Allahush shamad
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. Lam yalid wa lam yuulad
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Wednesday, February 26, 2014

perih

semua orang pernah rasa perihnya kehidupan..
bukan kau sorang..
jangan jadi orang bodoh..
buat keputusan yang akan bawak kau ke jahanam..

hidup kita untuk tuhan..
bukan untuk diri sendiri..
jadi memang logik bukan bahagia akan meniti hidup sentiasa..
kalau nak..
sila cipta bumi kau sendiri..

so..
mari berbakti pada yang satu..

Thursday, February 20, 2014

macam mana nak kawal masalah rumah tangga?

Seorang wanita yang baru saja menikah, datang ke ibunya dan mengeluh soal tingkah laku suaminya. Setelah pesta pernikahan, baru ia tahu karakter asli sang suami keras kepala, suka bermalas2an, cuek, boros, dsb.

Wanita muda itu berharap org tuanya ikut menyalahkan suaminya. Namun betapa kagetnya dia karena ternyata ibunya diam saja, bahkan sang ibu kemudian malah masuk ke dapur, sementara putrinya terus bercerita dan mengikutinya. Sang ibu lalu memasak air. Setelah sekian lama, air mendidih.

Sang ibu menuangkan air panas mendidih itu ke dalam 3 gelas yang telah disiapkan. Di gelas paertama ia masukkan telur, di gelas kedua ia masukkan wortel & di gelas ketiga ia masukkan kopi.

Setelah menunggu beberapa saat, ia mengangkat isi ke-3 gelas tadi, dan hasilnya: Wortel yang keras menjadi lunak, telur yang mudah pecah menjadi keras, & kopi menghasilkan aroma yg harum.

Lalu sang ibu menjelaskan: "Nak... masalah dalam hidup itu bagaikan air mendidih". Namun, bagaimana sikap kitalah yg akan menentukan dampaknya".

Kita bisa menjadi:
1. Lembek seperti wortel.
2. Mengeras seperti telur.
3. Atau harum seperti kopi.

Jadi, wortel & telur bukan mempengaruhi air... Mereka malah berubah oleh air. Sementara kopi malah mengubah air & membuatnya menjadi harum.

Dalam tiap masalah, selalu tersimpan mutiara yg berharga. Sangat mudah utk bersyukur saat keadaan baik2 sj, tp apakah kita dpt ttp brsyukur saat kita ditimpa masalah?

Hari ini kita belajar ada 3 reaksi orang saat masalah datang.
* Ada yang menjadi lembek, suka mengeluh & mengasihani diri sendiri.
* Ada yang mengeras, marah & menyalahkan pihak lain.
* Ada yang justru semakin harum, menjadi semakin kuat & bijaksana.

-----
Semoga Bermanfaat dan Dapat Diambil Ilmu & Hikmahnya ...

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..