Saturday, September 12, 2009

LeKA

Manusia sering sahaja leka dengan kehidupan dunia..kadang2 kita tak sedar bahawa kita telah hanyut dari kebenaran akibat sifat angkuh yang tersembunyi dalam diri..apabila berlaku sesuatu kita akan menyalahkan orang lain, kita akan menyalahkan apa sahaja tapi kita tidak terfikir bahawa banyak perkara yang berlaku adalah disebabkan diri kita sendiri. kebelakangan ni aku rasa aku banyak buat salah.dahla bulan puasa.aku tak ambil peluang untuk ,muhasabah diri dan memperbaiki diri..malah aku makin jauh terperangkap dalam duniaku sendiri..aku lupa pada prinsip yang aku agung2kan..aku tak dapat menerima orang di sekeliling aku..aku hanya tahu salahkan orang lain sedangkan aku masih banyak kekurangan..Hidup aku tidak akan tenang jika aku tidak menerima segala-galanya. Di sini aku ingin berkongsi sedikit ilmu. Insya’Allah kalau kita berpegang pada 4 perkara ini kita akan bertemu kebahagiaan di dunia dan akhirat..

*Dua perkara yang perlu dilupakan untuk hidup bahagia

1.Lupakan semua kebaikan yang kita lakukan pada orang lain.
-nescaya sifat riak tidak akan timbul dihati kita

2.Lupakan kesalahan yang orang lain lakukan kepada kita
-nescaya kita tidak akan berdendam dan mengungkit di kemudian hari. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

*Dua perkara yang perlu kita ingat untuk hidup sejahtera

1.Ingat kebaikan yang orang lakukan kepada kita.
-Kita akan sentiasa menghargai orang lain Tanpa prasangka buruk.

2.Ingat kesalahan yang kita lakukan pada orang lain.
-Memupuk rasa bersalah dalam diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama

Monday, August 31, 2009

KeBAhAgIAaN

hmmm...hidup ni ada manis...ada pahit...apa2 pun..kita kena terima..kalau x..hati kita yang akan sakit...sekarang..aku rasa ak sedang bahagia and happy dengan hidup aku..tapi..aku takut..takut kebahagiaan tu hanya sementara..aku takut kehilangan sumber kebahagiaan tu...nak buat macam mne kan..kita hanya seorang hamba yang ditugaskan untuk menerima segala ujian dalam hidup ni..nak xnak tetap kena redha..bagi aku ape yang paling penting untuk kita menjadi insan yang kuat dalam dunia ni adalah family..aku rasa kalau bukan sebab sokongan diorang..aku xkan berjaya smpai tahap ni..hehe..tapi degree x tamat lagi..aku kagum pada org2 yang berjaya sebab diri sendiri..mmgla ak nak berjaya pun untuk kepentingan diri sendiri..tapi kalau tanpa sokongan keluarga..aku takkan dapat pergi sejauh ni..ada orang..macam akula..hadapi dugaan dengan sokongan keluarga...then..masalah akan selesai pelahan-lahan..tapi ada juga keluarga sendiri yang menjadi dugaan tersebut...kalau x kuat habisla...tu yang ade sampai terpesong dari jalan yang lurus..sebab takde sokongan..kalau ada semngat untuk diri sendiri and tak mengalah pada dugaan tu..dia akan terus bejalan ke arah jalan yang lurus tu...tanpa menoleh ke belakang..kesimpulannya..semua manusia dalam dunia ni ada dugaan masing2..cuma jenis je lain2...sebab tu kita kena bersyukur..kita tak boleh iri hati dengan kesenangan orang..sebab kita hanya nampak kesengan tanpa melihat pada kesusahan dan dugaan yang dihadapi olehnya...sebaliknya kita ada kesengan yang mungkin lebih baik dari dia yang kita tak perasan..so..bersyukurlah wahai saudara2 ku...peringatan untuk diriku juga..

HAmba yang redha...

Monday, June 1, 2009

Sesuatu Yang Kita Tidak Perasan Atau Tidak Terfikir Langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14.Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15.Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup
untuk melupakannya."

Sunday, May 31, 2009

SaLAh SiAPa??

perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit.Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang tak nak hidup mewah, kan?
Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia(bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

wallahualam...

Friday, May 29, 2009

CiNTa

"KASIH SAYANG BUKAN HANYA SEKADAR UCAPAN, BUKAN SEKADAR MEMILIKI TAPI SESUATU YANG MEMBERI KITA NILAI UNTUK TERUS HIDUP, BERI KITA KEKUATAN DAN MAKNA SEBUAH PERHUBUNGAN"

TATKALA pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu menguranginya. Tatkala kelaparan, rasa cinta masih mampu memberikan kekuatan. Tatkala resah digelut masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.
Itulah kekuatan cinta. Satu perasaan yang mampu berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudian pergi. Semakin lama semakin dalam dan akan semakin menebalkan perisai yang memberi perlindungan. Jika cinta singgah sebentar kadang-kadang tergamit juga hati tatkala sunyi.
Cinta adalah mekanisme un-tuk berasa kuat tatkala lemah, kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani tatkala takut, dan lain-lain seumpamanya. Oleh sebab itu, cinta tidak boleh dipandang lekeh sebab kekuatannya mendorong Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mengembara ratusan tahun untuk kembali bertaut.
Kasih sayang ialah kenderaan cinta. Cinta terpupuk hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit-bibit kecil. Tatkala seorang telah cinta kepada Tuhannya, dia sanggup memperhambakan dirinya tanpa takut dan penat. Biar apapun ancaman yang diberi, Tuhan masih dilihat utama. Cinta sebegini paling agung.
Biasanya seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan lebih jauh, tetapi seseorang yang sedang digelut cinta juga boleh menjadi teramat lemah. Tatkala kerajaan China diserang Manchuria dalam zaman keagungan Dinasti Ming, Jeneral Wu tidak segan silu membukakan pintu gerbang kota untuk membolehkan tentera Manchuria masuk dengan mudah. Mengapa Jeneral Wu sanggup berbuat begitu? Disebabkan cintanya diragut oleh maharaja.
Ikut catatan sejarah, Jeneral Wu bercinta dengan seorang gadis bernama Chen, bagaimanapun pada suatu hari maharaja berkenan dengan Chen tanpa mengetahui kedua-duanya sedang bercinta. Maharaja telah mengambil Chen untuk dijadikan gundik daripada sekian ribu gundik yang ada. Jeneral Wu sangat kecewa dan berasa dikhianati oleh maharaja.
Apabila ada serangan dari luar, Jeneral Wu tidak teragak-agak untuk mengkhianati negaranya kerana merasakan tindakanya ialah balasan terbaik untuk seorang maharaja yang bernafsu buas. Padahal dia tahu perbuatannya itu turut memusnahkan dirinya sendiri. Demikianlah cinta boleh membodohkan manusia meskipun tidak dinafikan ramai manusia mencapai cita-cita mereka oleh cinta.
Kasih sayang ialah makanan roh. Memang manusia masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang manusia tanpa perasaan sayang.
Ambillah waktu untuk berfikir, itulah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itulah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itulah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itulah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itulah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..