Friday, January 16, 2015

THE MIRACLE OF ISLAM


Thursday, January 15, 2015

5 Kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain

Hak(kewajipan) seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain ada lima, iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi jemputan kenduri, dan mendoakan orang bersin. - Riwayat al-Bukhari no.1240

Sunday, January 4, 2015

KISAH AHLI IBADAH DAN AHLI MAKSIAT



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat dosa, ia meminta rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya itu.

Suatu hari, ketika rakannya itu sedang melakukan suatu dosa, ahli ibadah itu berkata "Berhentilah daripada membuat dosa." Rakan nya itu menjawab "Jangan pedulikan aku, terserah Allah untuk menilai perbuatan ku. Adakah engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?".

Ahli ibadah itu menjawab"Demi ALLAH, dosamu tidak akan diampuni oleh Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."

Setelah kedua-duanya meninggal dunia, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-duanya dihadapanNya. Allah menyoal lelaki ibadah itu " Adakah kamu lebih mengetahui daripada Ku? atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan Ku?"

Kemudian kepada ahli maksiat itu Allah s.w.t berkata "Masuklah kamu kedalam syurga berkat rahmat Ku". Sementara kepada ahli ibadah itu "masuklah orang ini kedalam Neraka"

* Hadith riwayat Ahmad 2/323;Abu Daud. 4901;Ibn Mubarak dalam kitab al-Zuhd, 314; Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan,45; al-Baghawi dalam syarh al-Sunnah; 14/385.

Pengajaran.

1. Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

2. Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan maksiat dan kemungkaran

3. Jangan berputus asa daripada memohon keampunan kepada allah Yang Maha Penyayang

4. Jangan Sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah tanpa ilmu

5. Allah s.w.t mengasihi para hambaNya

6. Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang manusia lain sama ada masuk syurga atau nereka, kerana hanya Allah s.w.t yang mengetahui dan menetapkannya.

wallahua'lam


Saturday, January 3, 2015

Muslimah kah aku?

Aku mungkin tampak muslimah pada matamu,
Tapi tidak bermakna aku benar-benar solehah.
Aku mungkin tampak bersungguh-sungguh mengejar mujahadah,
Tapi tidak bermakna aku bisa mengekalkan istiqamah.
Aku mungkin tampak seakan-akan bidadari Jannah,
Tapi tidak bermakna aku benar-benar menurut syariah.
Kerana aku yang kau lihat hanyalah sekadar pandangan,
Bukan sebenar-benar kenyataan.
Aku yang kau lihat hanyalah insan yang lemah,
Bukan segagah bekalan kudrah.
Aku perlukan pimpinan,
Bukan sindiran.
Aku butuhkan pautan,
Bukan kayu yang berjatuhan.
Aku butuhkan dorongan,
Bukan perlian yang menyatakan simpati dari apa-apa yang ku tuliskan.
Bantu aku. Aku masih rapuh.
Ya Rabb

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..