Saturday, March 15, 2014

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

Hari ni dah baca Al-Quran? Kalau belom...jom baca surah Al-Ikhlas 3x...dah pon khatam Al-Quran tak smpi 5 minit kannn??

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?”

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Qul huwallahu ahad
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. Allahush shamad
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. Lam yalid wa lam yuulad
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

No comments:

Post a Comment

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..