Monday, January 31, 2011

Seratus Nasihat Untuk Mendapat Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat (inshaALLAH)

1 - Jawablah azan sepertimana yang terdapat pada sunnah s.a.w, jangan bercakap atau menyibukkan diri dengan pekerjaan lain ketika azan.

2 - Berselawatlah ke atas nabi dan berdoa sesudah azan.

3 - Jangan keluar dari masjid selepas azan melainkan kerana keuzuran yang darurat.

4 - Tekunilah kamu azan sekiranya kamu tidak solat di masjid.

5 - Tunaikanlah semua solat fardhu.

6 - Berdoalah meminta kepada Allah hajat kita di dunia dan akhirat, waktu yang diperkenankan doa di antara azan dan iqamah.

7 - Bantulah manusia mendirikan masjid di tempat yang tiada masjid dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk harta dan diri.

8 - Muliakanlah masjid, masuk dengan kaki kanan, peliharalah ia dari kekotoran, peliharalah adab-adab, jangan bercakap perkara yang sia-sia, jangan melompat, jangan ketawa dan jangan bertengkar serta keluarlah dengan melangkah kaki kiri.

9 - Jangan meludah dalam masjid, dan jangan juga berludah ke arah kiblat.

10 - Peliharalah solat di awal waktu dengan berjamaah di masjid, terutama isyak dan subuh

11 - Janganlah melewatkan solat dari waktunya.

12 - Jangan bercakap hal-hal keduniaan di waktu selepas fajar hingga terbit matahari.

13 - Duduklah di tempat solat selepas dua solat subuh dan asar.

14- Beriktikaflah di waktu kamu lapang, dan sibukkanlah dirimu dengan ketaatan kepada Allah.

15 - Jangan makan makanan yang mempunyai bau yang busuk seperti bawang putih dan bawang merah, dan jangan kamu menghisap rokok supaya kamu tidak mengganggu orang yang berdamping denganmu.

16 - Perintahlah isteri, anak-anak dan jiran kamu supaya memelihara solat, kerana sesungguhnya solat ialah rukun agama Islam yang paling utama.

17 - Perintahlah isteri-isteri kamu solat di rumah mereka.

18 - Perintahlah anak-anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun, pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika mereka berusia sepuluh tahun. Dan janganlah kamu mengambil ringan, akan menyebabkan kamu berdosa.

19 - Terangkan kepada keluarga kamu dan orang lain kelebihan mendirikan solat dan akibat meninggalkan solat..

20 - Peliharalah solat-solat sunat dan rawatib, qobliah dan ba’diah, samada muakkad (dituntut) atau ghoiru muakkad (tidak dituntut).

21 - Peliharalah sebahagian solat-solat sunat di rumah.

22 - Peliharalah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak lapan rakaat.

23 - Peliharalah solat sunat dua rakaat selepas maghrib.

24 - Bersedialah untuk bangun malam (qiamullail) dengan zuhud terhadap dunia, tidak makan sehingga kenyang, dan tidur seketika di waktu siang (qoilulah).

25 - Peliharalah zikir-zikir dan doa sebelum tidur dan doa sesudah bangun dari tidur.

26 - Peliharalah Tahajjud dan bangunkanlah ahli keluargamu untuk mendirikannnya.

27 - Tidurlah dalam keadaan bersuci, berzikir dan berniat untuk bangn malam (qiamullail).

28 - Dirikanlah qiamullail dengn penuh khusyuk dan merendah diri kepada Allah S.W.T.

29 - Perbanyakkan istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di waktu-waktu sahur.

30 - Lakukan solat istikharah meminta petunjukNya dalam setiap perkara penting dan berdoalah dengan doa-doanya.

31 - Peliharalah solat berjamaah.

32 - Peliharalah menyama dan merapatkan saf ketika solat berjamaah.

33 - Bersegera mendapatkan saf pertama tanpa mengganggu seseorang.

34 - Bersiwak setiap kali mengambil wudhuk kerana ia adalah sunnah.

35 - Peliharalah doa iftitah, berkata “amin” di belakang imam dan membaca zikir-zikir sujud dan rukuk ketika solat.

36 - Peliharalah Tomakninah ketika rukuk,sujud,iktidal dan duduk antara dua sujud.

37 - Awas daripada melintas dihadapan orang yang sedang solat.

38 - Letakkan penghadang dihadapan kamu jika solat di tempat laluan orang dihadapanmu.

39 - Besegeralah pergi solat Jumaat dan janganlah melewatkan hingga selepas azan.

40 - Tekunilah mandi pada hari Jumaat.

41 - Potonglah kuku kamu setiap seminggu dan jagalah kebersihan kerana sesungguhnya islam menggalakkan kebersihan dan kecantikan.

42 - Berwangi-wangian untuk mendirikan Jumaat dan pakailah pakaian yang terbaik.

43 - Awas daripada melangkahi orang, kerana yang demikian adalah ditegah.

44 - Jangan bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibaca, kerana yang demikian adalah ditegah dan menghalang daripada pahala Jumaat.

45 - Tekunilah membaca wirid harian dari Al-Quran.

46 - Perbanyakkan selawat dan salam ke atas nabi s.a.w pada malam dan hari Jumaat.

47 - Sentiasalah banyak berzikir mengingati Allah secara terang atau sembunyi (hati), dan jauhilah kelalaian, dan jauhilah dari kejahilan.

48 - Hadirilah majlis-majlis ilmu kerana ia adalah taman dari taman-taman syurga.

49 - Elakkan menghadiri majlis yang jauh dari mengingati Allah dan rasul.

50 - Apabila kamu bangkit dari majlis, maka bacalah tasbih kafarah:(Maha suci Engkau, Wahai Tuhan kami dan segala kepujian kepadaMu, Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu).

51 - Peliharalah zikir-zikir selepas setiap solat.

52 - Berdoalah kepada Allah Taala dalam sujudMu, dan mengiringi Tasyahhud dan dalam kegelapan penghujung malam.

53 - Ingatlah Allah ditempat-tempat biasa lalai dari mengingatiNya seperti pasar dan selainnya.

54 - Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan melengahkan memohon doa kepada Allah.

55 - Mohonlah Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

56 - Mohonlah kepada Allah dengan hati yang hadhir dan khusyuk dan jangan berdoa dengan hati yang lalai.

57 - Janganlah berdoa yang buruk ke atas diri sendiri, keluarga dan pasangan kamu.

58 - Amalkan membaca makthurat, kerana itu adalah yang sebaiknya.

59  Jangan memohon daripada orang yang telah mati, atau penghuni kubur selain dari Allah, kerana ia termasuk menyekutukan Allah.

60 - Mulakanlah doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi s.a.w dan tutuplah doa dengannya..

61 - Doakanlah saudaramu walaupun tanpa tahunya dan mintalah ia mendoakanmu dan jangan mendoakan yang buruk ke atas orang Islam.

62 - Perbanyakkan istighfar di waktu malam, terutama ketika waktu sahur.

63 - Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w pada setiap detik.

64 - Peliharalah janggut kamu dan jangan kamu mendengar percakapan orang yang bodoh yang tidak memelihara janggut.

65 - Jangan mengganggu dan menyakiti saudara seagamamu.

66 - Hendaklah kamu mendamaikan antara sesama manusia.

67 - Sekiranya seseorang melakukan kesilapan kepadamu lalu ia meminta maaf, maafkanlah ia, bahkan sebaiknya kamu memaafkannya sebelum ia meminta maaf.

68 - Jangan menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk.

69 - Jangan memanggil dengan panggilan buruk tersebut, bahkan panggillah dia dengan nama yang paling ia sukai..

70 - Jauhilah kamu dari bawa mulut (batu api) iaitu:menyebarkan cerita antara manusia dalam bentuk melakukan kerusakan..

71 - Jauhilah mengumpat iaitu: engkau menyebut saudaramu dengan perkara yang ia benci.

72 - Jangan menuduh sesorang.

73 - Jangan kamu mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.

74 - Berbaik sangkalah dengan manusia.

75 - Berkatalah dengan perkataan atau perkara yang baik. Jika tidak, berdiamlah kamu.

76 - Jadilah hati yang baik dan janganlah engkau hasad dan dengki.

77 - Jadilah manusia yang merendah diri (tawadhuk), janganlah kamu takabur dan berbangga diri kepada orang lain.

78 - Janganlah kamu berasa ta’ajub atau megah dengan dirimu dan pekerjaanmu.

79 - Janganlah kamu memuji diri sendiri dan jangan engkau mendakwa memiliki sesuatu yang tidak ada padamu.

80 - Jangan kamu panggil orang yang fasik, pembohong dan kafir dengan panggilan: “Tuanku”.

81 - Jadilah engkau seorang yang benar dan jangan kamu berdusta, kerana sesungguhnya berdusta itu termasuk dari dosa-dosa besar.

82 - Janganlah kamu bermuka-muka.

83 - Jangan kamu bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah sekalipun kamu benar.

84 - Janganlah kamu memandang hina selain kamu.Sesungguhnya tiada kelebihan seseorang atas yang lain melainkan ketaqwaan. Dan perkara tersebut dinilai dengan kesudahan ajalnya.

85 - Buanglah duri dari jalan.

86 - Janganlah kamu duduk di jalanan dan jangan berlama-lama di kedai kopi dan jangan kamu masuk panggung wayang.

87 - Tunaikan janjimu dan jangan kamu mungkiri janji.

88 - Jangan kamu mendatangi , bomoh, ahli silap mata dan tukang tilik dan janganlah kamu mempercayai mereka.

89 - Jangan kamu mengukir berhala atau patung-patung manusia dan haiwan. Sesungguhnya seteruk-teruk golongan manusia yang mendapat azab di akhirat kelak ialah pengukir.

90 - Jangan kamu simpan di dalam rumah kamu gambar yang mempunyai nyawa kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapatnya.

91 - Jangan bermain dengan seruling dan alat-alat hiburan yang menyerupainya.

92 - Jangan kamu menyanyi dengan syair-syair ahli fasikdan lucah serta jangan mendengarnya.93 - Jangan kamu mendengar alat-alat muzik dan jangan menyimpan alat-alat tersebut.

94 - Jadilah kamu orang yang zuhud di dunia dan mencintai akhirat.

95 - Bersegeralah bertaubat dari segala dosa, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.

96 - Istiqomah dalam melakukan amal soleh. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang istiqomah dalam melakukannya sekalipun sedikit.

97 - Redholah dengan apa yang dikurniakan Allah dan jangan mengeluh.

98 - Elokkanlah makanan kamu kerana makanan yang baik menjadi penyebab termakbulnya doa.

99 - Jadilah orang yang sabar ketika ditimpa musibah dan jadilah orang yang bersyukur ketika mendapat nikmat dariNya.

100 - Janganlah kamu menyimpan loceng dan janganlah kamu memelihara anjing melainkan untuk berburu atau mengawal.

Salam Hormat,
Hj Othman b Hamzah

4 comments:

  1. salam. syukran utk tazkirah ini. peringatan yg sgt berguna bt dri & utk mrk2 yg sntiasa bfikir utk > maju khadapan sbg umatNya yg cemerlang dunia & akhirat.. insyaAllah, stp ssuatu mst dcuba tnpa mmikirkan sukar @ mudah utk mlaksanaknny.. jka ada kmahuan, mk dsitu ada jln. smg kt terus thabat & istikhomah. ameen :)

    ReplyDelete
  2. wah..
    bgusnyer wat entry cm ni..
    sesama ingat mengingati..
    bler bcer yg num 88 tu..
    tringat plak citer Khurafat..

    ReplyDelete
  3. bagus entry ni.peringatan bersama :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua..yup..tuk peringatan bersama..moga kita dapat manfaatkan ilmu ini dan mejadi umat islam yang lebih baik..^^

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..