Monday, May 2, 2011

...TaBiAt PeREMPuaN BeRDasARkaN KiTaB TaJuL MuLuK...

Assalamualaikum.w.b.t..

hari ni nak cite pasal sikap2 perempuan yang menyerupai binatang berdasarkan kitab tajul muluk..bila saya baca artikel ni..mmg kebnyakan sifat2 ini wujud dalam masyarakat kita..nak tau apekah binatang2 tersebut dan kenapa sikap perempuan disamakan dengan mereka??jom kita exploree~

Kata hukama’ bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan iaitu:

pertama seperti tabiat babi
amek pic katun je..haram!hahaha
1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.


kedua seperti tabiat kera
err..
2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

ketiga seperti tabiat anjing
y ni pn katun..haram!
3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata kata suaminya serta sering mengherdik suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

keempat seperti tabiat ular
gile besar..sila jgn jadi seperti ini..
4. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang itu.

kelima seperti tabiat baghal
sy xtau baghal ngan keldai same ke x..ini pic keldai..same kot..
5. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

keenam seperti tabiat kala
6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta “yang fitnah itu tiada masuk syurga”.


ketujuh seperti tabiat tikus
7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.


kelapan seperti tabiat unggas
8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.

kesembilan seperti tabiat serigala dan
9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

kesepuluh seperti tabiat kambing.
ganas x..ganas x..haaa..jgn jdi cmnih!
10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

(Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)

Nauzubillahiminzalik..moga kita dijauhkan dari tabiat sebegini..


jgnlah kita menyamai diri kita dengan binatang..jadila manusia tulen ye wahai wanita2 sekalian ..sama2lah kita muhasabah diri..


wallahualam..

8 comments:

  1. as salam. syukur 4 sharing.. useful information 4 us.. :)

    ReplyDelete
  2. wa'laikummussalam..afwan..moga blh dijadikan panduan untuk saudara kita semua..:D

    ReplyDelete
  3. info ini akan wat orang perempuan terasa andai terkena batang hidungnya sendiri tapi benda ini memang patut dijadikan panduan..:)

    ReplyDelete
  4. heheh..btl tu..mmg ramai mcm tu..moga kita dijauhkan..:)

    ReplyDelete
  5. moga2 semua dapat memanfaatkan akan peringatan ini...

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..