Wednesday, August 10, 2011

Wajib pertahan Islam


Assalamualaikum.w.b.t..

     Sebelum ni dah banyak berita yang kita baca tentang orang islam yang murtad. Bila mereka nak dihukum/dihalang,ramai yang menetang lagi2 pihak kafir. rupa2nya diorang banyak agenda untuk menyesatkan orang islam,Akhirnya ada juga berita untuk pertahankan islam dari kafir laknatullah ni..dah lama saya tunggu berita macam ni.ingat dah xde orang yang nak halang pihak gereja dari memurtadkan orang islam.Alhamdulillah..saya baca Utusan Malaysia hari ni dengan hati yang gembira!..silala baca yep..^_^

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.
Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.
Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.
Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.
“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.
“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.
“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.
Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.


9 comments:

  1. Sekarang kecoh pasal Sitt Hajjah apentah tu.. Dahh dapat detect, dia tak ngaku lak kan..
    tak tau la betul ke tak dia yang buat..
    aku harap2, allah buka semua 'hijab' yang selama ni terlindung dari perbuatan manusia yg tak bertanggungjawab ni..

    ReplyDelete
  2. yeke..ak xtau lak psal tu..nntila nak cri..btl tu..biar pecah tembelang dorg sume..dahla diri tu sesat..nk ajak org len sesat sama lak

    ReplyDelete
  3. saya sokong 100%. tak suka politik. melampau la diaorang ni kadang2..

    ReplyDelete
  4. btl2...berpolitik sampai lupa hukum hakam agama..

    ReplyDelete
  5. as salam. syukran utk maklumat ni. fz pun xbaca surat khabar utusan 9hb tu. alhamdulillah, pemimpin da mula sedar akn kepentingan agama & politik. keduanya mesti bjalan seiringan. spt baginda rasulullah saw, politiknya tidak pernah mengenepikan hal2 agama. sentiasalah ingat bahawa keutamaan pd urusan agama tidak dipengaruhi oleh pangkat, jantina, miskin, kaya, fakir @ hina selagi mana dia mahu menegakkan agama allah swt itu sendiri. insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  6. w'slam..betul kata fz tu..semua perlu diutamakan sama ada politik atau agama..jika tidak hancurla masyarakat kita..:)

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..