Friday, January 6, 2012

AKU MASIH DARA



Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”
Gadis B : menjeling….. “Wei, aku tak percayalah…”
Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..
Gadis B : “Bodoh la kau ni..”
Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .
Gadis B : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”
Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..
Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”
Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih, bukan kekasih yang belum tentu jadi suami“
Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”
Gadis A : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”
Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai  bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”
Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai  bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”
Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”
Gadis A : “Hipokrit  itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”
Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”
Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga?  Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka. Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok  sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh  ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”
Gadis B : grr… =.=”

Kesimpulan:
“Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik dimata manusia mahupun dimata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas. Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci perkahwinan.  
Tunjang utama kebahagiaan kita bersama pasangan kita adalah kejujuran, bukan dengan “kebohongan”.


Sumber: 

12 comments:

  1. DomDomDomg!!Finally gg org pertama yg mengepost comment disini.hIAHAHAH!amacam fain hope awk tak jeles yer!Best jugak post ni...tapi camaner plak utk gg yg lelaki nih?Gg pun nak suci jugak.Dalam kata pendeknyer MutiaRa nie suci lagix???

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..suke lak ek.gg sdri tau gg suci ke x.lu pikirla sdrik!!!hahahahah..Alhamdulillah..setakat ni mutiara jaga semua batasan.xpernah bersentuhan dgan bukan muhrim dengan sengaja..

    ReplyDelete
  3. as salam. terima kasih mun. menarik cerite ni. fain xjeles pun gg. ikut suke la sape yg nk comment dulu. fain comment pun sebab kebetulan je tu. heee :)

    ReplyDelete
  4. Adekah itu benar fain???JengJeng!!gg gurau je r..gg taw r mutiara nie sahabat fain...don't worry.haaaa alhamdulillah maseh suci....em,,gg rase gg pun suci lagik..fain camane ppulakk??

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Hi ! Awesome blog ! Done follow u . I will always support ur blog :D .

      http://secret-domokun.blogspot.com/

      Delete
    2. tq very much nur kiastina!relly appreciate it.:)

      Delete
  6. gg: alhamdulillah. masih. hahahaaa :)

    mutiara: so if not virgin, can we get help from toll free? does the contact no exist? how much they can help us actually? :P

    nur kiasatina: this is a best blog. i like it. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.i don't know.maybe u should try it.call the number? ^^"

      Delete
    2. bdw.thanks for liking this blog! :P

      Delete
  7. alhamdulillah. i think i no need that no. anyway it'll just waste my time & money, cause this no is not valid. i'll be your 1st & last blog fan forever. insyaallah. by the way, tq for read & reply my comment with sincerely. may allah pay the rewards to u my dear friend. ameen. i still wait for any update to read from your blog. must be interesting. :)

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..