Tuesday, March 6, 2012

LA TAHZAN

kerana cinta harus memilih

ya Allah..
seandainya telah Engkau catatkan dia
akan menjadi teman menapaki hidupku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan diantara kami
agar kemesraan itu abadi

dan ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi

tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan

serta ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanla aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

dan ya Allah..
yang Tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

ya Allah ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini

ya Allah..
cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Kau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjurus aku ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
amin..ya Rabbal alamin

"..aku mencintainya kerana agama
yang ada padanya..jika
hilang agama dalam dirinya
maka hilanglah cintaku padanya.."
(Imam Nawawi)

8 comments:

  1. as salam. fikir panjang. dunia xkan dtg mendatang. sumeny mesti tulus dari hati. insyaallah. yakinlah dgn ketetapan illahi. ameen :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..sudah fitrah rasa cinta tu wujud dalam setiap hati manusia.klau xde tu xnormal pula kan.post ni pn doa pada Allah dan menunjukkan kebergantungan kita padanya.insyaAllah semuanya kerana Allah..:)

    ReplyDelete
  3. Mm umor gg 22taon.GG masok baitul mUSLim.,GARA2 cadgn arwh sahbt gg...UTok awk my Bff,Anythng!!udah jadik baek!!Ekk :D!La tahzan tue jgan besedih an?Dah baca dah buku ie...Bukn senang nk buwat keputusn,Insyaallah kata owang jagn diharpkan sgat cinta tue dtang.kena COnfidence ngan tuhan,Cinta pas kawen best!!!T kan lau Mutiara ngan Fain nk kawen an,,tlg inform kt blog msing2 yek!Wahahahax!

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhh...cptnye gg msuk baitul muslim!even fain pn belum ready lg taw.ha'ah la tahzan tu maksud dia jgn bersedih..mutiara pn ade buku dia.suka sgt baca.time sedih2 mst terubat hati bila baca buku tu.Alhamdulillah..mutiara yakin dengan janji Allah..segala yang berlaku adalah ketentuannya.actually xkisah pn dengan hal2 cinta tu semua.bila cinta kita pada Allah tu mendalam.tiada cinta laen yang blh mengalahkannya..mutiara tunggu je takdir darinya.y penting doa kan kawan2..:) yup.bercinta lepas kawen mmg best!!!!! orite.nnti kami nk kawen kami inform gg kat blog ni yep..:)

    ReplyDelete
  5. insyaallah mutiara. :)
    bagus gg da masuk baitul muslim. smg arwah gembira & bahagia bile tahu gg da msuk. insyaallah. ameen. fain dgn mutiara kahwin dekat2 je tarikhny. tp mutiara maybe 12/12/2012 ni. insyaallah nt kami post kt blog. gune kt blog mutiara pun hokay juga. sbb fain mls nk buat post. :P. jgn risau, ade guestbook special utk mereka yg jauh dperantauan. hahaaa. insyaallah :)

    ReplyDelete
  6. heheh.insyaAllah..nak kawen sama pn kne ade calon la fain..nti ble nk kawen klau salah sorg xde calon cmner?:P

    ReplyDelete
  7. if salah sorg xde. kene tgu dulu la smpai dua2 da ade. baru fair. boleh? heheee :)

    ReplyDelete
  8. hahahaha..tpi i dah nk kawen bln 12..hahahahahaha :P

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..