Thursday, November 14, 2013

KEK KARAMEL



RESEPI KEK KARAMEL
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:

Taburkan gula di dalam loyang kek.

Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.

Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.

Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.

Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding:
200ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
70 gram gula castor
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun.

Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.

Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.

Semasa memasukkan bancuhan puding gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.

Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.



Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 8.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. Rujuk gambar 7.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.

Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.

Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.

Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.

Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding.

Boleh sudukan seperti gambar 9 atau di buat secara marble.
Panaskan oven 160 degree.

Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak.

Biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.

Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.

Segera lap lebihan air gula yang meleleh secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.

Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba

NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE

Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.

TIPS MEMBUAT KEK KARAMEL

Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek.

Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang kemudian tapis.

Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak.

Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong.


kredit : ena kitchen

No comments:

Post a Comment

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..