Friday, February 13, 2015

lahirnya disenangi, perginya ditangisi..tiada ganti sepertimu tuan guru Nik Aziz


Wednesday, February 4, 2015

jantung hati seorang hamba

Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dgn menghadap Allah..

padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dgn Allah..

padanya ada dukacita yg tdk dpt ditinggalkan kecuali dgn kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubung denganNya..

padanya ada kegusaran yg tdk ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya..

padanya ada api kedukaan y tdk dpt dipadamkan melainkan redha dgn perintah,larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya..

padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dgn cinta dan penyerahan diri kepada Allah,sentiasa mengingatiNya dan keikhlasan yang benar kepadaNya..

Friday, January 16, 2015

THE MIRACLE OF ISLAM


Thursday, January 15, 2015

5 Kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain

Hak(kewajipan) seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain ada lima, iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi jemputan kenduri, dan mendoakan orang bersin. - Riwayat al-Bukhari no.1240

Sunday, January 4, 2015

KISAH AHLI IBADAH DAN AHLI MAKSIAT



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat dosa, ia meminta rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya itu.

Suatu hari, ketika rakannya itu sedang melakukan suatu dosa, ahli ibadah itu berkata "Berhentilah daripada membuat dosa." Rakan nya itu menjawab "Jangan pedulikan aku, terserah Allah untuk menilai perbuatan ku. Adakah engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?".

Ahli ibadah itu menjawab"Demi ALLAH, dosamu tidak akan diampuni oleh Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."

Setelah kedua-duanya meninggal dunia, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-duanya dihadapanNya. Allah menyoal lelaki ibadah itu " Adakah kamu lebih mengetahui daripada Ku? atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan Ku?"

Kemudian kepada ahli maksiat itu Allah s.w.t berkata "Masuklah kamu kedalam syurga berkat rahmat Ku". Sementara kepada ahli ibadah itu "masuklah orang ini kedalam Neraka"

* Hadith riwayat Ahmad 2/323;Abu Daud. 4901;Ibn Mubarak dalam kitab al-Zuhd, 314; Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan,45; al-Baghawi dalam syarh al-Sunnah; 14/385.

Pengajaran.

1. Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

2. Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan maksiat dan kemungkaran

3. Jangan berputus asa daripada memohon keampunan kepada allah Yang Maha Penyayang

4. Jangan Sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah tanpa ilmu

5. Allah s.w.t mengasihi para hambaNya

6. Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang manusia lain sama ada masuk syurga atau nereka, kerana hanya Allah s.w.t yang mengetahui dan menetapkannya.

wallahua'lam


Saturday, January 3, 2015

Muslimah kah aku?

Aku mungkin tampak muslimah pada matamu,
Tapi tidak bermakna aku benar-benar solehah.
Aku mungkin tampak bersungguh-sungguh mengejar mujahadah,
Tapi tidak bermakna aku bisa mengekalkan istiqamah.
Aku mungkin tampak seakan-akan bidadari Jannah,
Tapi tidak bermakna aku benar-benar menurut syariah.
Kerana aku yang kau lihat hanyalah sekadar pandangan,
Bukan sebenar-benar kenyataan.
Aku yang kau lihat hanyalah insan yang lemah,
Bukan segagah bekalan kudrah.
Aku perlukan pimpinan,
Bukan sindiran.
Aku butuhkan pautan,
Bukan kayu yang berjatuhan.
Aku butuhkan dorongan,
Bukan perlian yang menyatakan simpati dari apa-apa yang ku tuliskan.
Bantu aku. Aku masih rapuh.
Ya Rabb

Wednesday, December 17, 2014

syukur

kadang2 kita sibuk mencari apa yang kita nak tanpa pedulikan apa yang dah ada depan mata.
padahal yang depan mata tu adalah yang paling berharga yang Allah sediakan untuk kita.
hargainya sebelum ia hilang dari pandangan..

syukuri apa yang ada..
hidup adalah anugerah..

Tuesday, November 4, 2014

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Hari Arafah

hadis sahih riwayat imam muslim berkenaan hari arafah : ada beberapa perkara yang akan
berlaku pada hari arafah.kalau berpuasa Allah akan ampunkan dosa setahun.<-- hadis muslim daripada Abu
Qatadah.

dari Aisyah berkata: nabi S.A.W berkata;tidak ada satu hari pun yang didalamnya Allah membebaskan ahli neraka dan Allah bebaskan itu cukup banyak melainkan pada hari Arafah. hadis riwayat muslim.

hadis hasan dari jabir, diriwayatkn oleh ibnu hibban, al-bani mengatakan bahawa hadis ni hadis hasan :

nabi berkata : tiada hari yang berlalu disisi Allah yang lebih utama daripada 10 zulhijjah.sahabat bertanya pada rasulullah : adakah ya rasulullah hari ini lebih utama ataupun lebih bnyk org berjihad djalan Allah?nabi berkata : arafah lebih afdhol daripada hari yAng bnyk org berjihad di jalan Allah. hari arafah Allah turun ke langit dunia.dalam fiqah waktu zohor 9 zulhijah sampai fajar 10 zulhijjah keesokannya.Allah berbangga dengan penduduk bumi pada penduduk langit. Allah banggakan pada malaikat. tgkla hamba2ku di arafah.mereka dtg dlm keadaan kusut masai, berdebu kerana haji. mereka dtg dari semua penjuru muka bumi. mereka semua mengharapkan rahmatku. mereka tidak pernah melihat azabku. apa y mereka mahu, berikan pada mereka. - hadis imam muslim.

dalam setahun hari arafah adalah hari paling dimakbulkan doa.

sumber : ustaz halim hassan (pengkaji hadis)

Monday, October 13, 2014

JIKA

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Wallahualam.

Wednesday, August 13, 2014

Ku rebah di dada malam

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..