Friday, April 13, 2012

NaSiHaT UnTuk SeMuA


KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA...


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ). — 


14 comments:

  1. as salam. heheee, ade lg cerite ttg solat sunat dhuha. best best best. hebat kan. allah Maha Baik, Dia Pemurah. walaupun hdup ddunia byk cabaran & dugaan, namun Dia beri kte peluang utk hadapiny dgn tenang & bg amalan2 yg mampu utk kte sume amalkan. syukran perkongsian. :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..ye mmg best!banyak peluang y Allah bagi pada kita..terpulang pada kita mcm mana nk guna peluang tersebut.sangat rugi kepada sesiapa y xmahu guna peluang y telah diberikan..:)

    ReplyDelete
  3. xpenah gg ckap Allah hebat,,padahal Allah cipter sgalanyer tuk kiter..Nanti gg akn buwat solat dhuha,,nk pat rezeki n dimudahkn idup gak!Thanks all!!

    ReplyDelete
  4. ye gg..segala pujian bagi Allah..jomla kte pegi solat dhuha..:)

    ReplyDelete
  5. Oo mUtiarA xmaw jengok pon belog gg,Taw r xgempaQ macm korunk..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohoiiiii..kan mutiara dah pegi blog gg..siap komen lg..

      Delete
  6. ahaX,,tue mmg r..nie lama punya komen r,,,lambtnya blas..congrts r dpat award,,,ciyap ader kucing agi.Jeles i!!p maner mutiaRa soroK JWpn nk tgok gak,,HeHeX!

    ReplyDelete
  7. Banyak kaifiat solat dhuha ni.

    ReplyDelete
  8. bile nk buat post baru. nk baca yg latest pula. heheee :P

    ReplyDelete
  9. Alhmdulillah....Memg byak fdilat sunat duha....Syukrn mutiaRa....Ai awk taktau ke dpat awArd??Mesti takbca nih....Kt blog fz,,,Mcam dh tamt tempoh jah....

    ReplyDelete
  10. Memg pon,,smpy faiN dh delete kowt post tue,cian dier design kucing cntik2x,,n first time plak tue buwat tag,,Nnti mesti dia kempunan,,Kikiki..Boringnyer mak oii!CpAT r active korunk2x seme!!

    ReplyDelete

Thank You. Glad to see you again in the future. :)

Followers

NetworkBlog

jomblogwalking

blogwalking..